,
Laman Utama

Asad Motawh Tak Suka Menunjuk-Nunjuk Rumah Sendiri - "Orang Tetap Mengata Saya Acah-Acah..."

Asyikin Mayudin
25/04/2023
07:50 MYT
Masih muda, namun penyanyi dan pempengaruh Asad Motawh sudah memiliki aset sendiri iaitu rumah ketika usianya 19 tahun.
Bagaimanapun Asad berkata dia lebih memilih untuk tidak m enayangkan kemewahan yang dimiliki kerana beranggapan ia bukanlah satu kelebihan.
"Saya mula miliki rumah sewaktu berusia 19 tahun. Apa yang saya miliki hari ini biasa-biasa saja. Mungkin sebab saya mempunyai ramai kawan-kawan artis yang kaya.
"Apabila seseorang itu semakin kaya, semakin sedikit kekayaan yang ingin ditunjukkan kepada orang lain. Saya tak nampak apa-apa kelebihan kalau menunjukkan harta.
“Lagipun kalau saya tunjuk segala aset, nanti orang tetap akan mengata saya acah-acah dan sebagainya," katanya.
Bercerita mengenai sambutan raya, Asad mengakui dia lebih gemar menikmati perayaan Aidilfitri ketika tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Mungkin pelik bagi segelintir pihak, namun bagi saya beraya ketika masa PKP adalah masa kegemaran saya. Ini kerana semuanya ‘stucked’ dalam rumah yang sama.
“Dan kita berpeluang untuk menjalani ibadah berpuasa dan beraya dari awal sehingga akhir bersama-sama. Sebelum ini, kita tidak dapat duduk semeja kerana tuntutan kerja dan sebagainya.
“Jadi saya betul-betul memanfaatkan PKP. Jika dibandingkan dengan PKP dan beraya dengan keadaan normal, saya jujurnya merindui momen itu. Bagi saya, sambutan raya keluarga saya biasa-biasa saja,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

"Jujurnya Saya Tak Solat Dahulu... Saya Budak Nakal" - As'ad Motawh

gempak
06/01/2023
06:50 MYT
Alhamdulillah...
Laman Utama

“Dulu Baby Now Hot Daddy” - Netizen Tak Keruan Bila Asad Motawh Belanja 6 Pack, Berketul-Ketul Katanya!

gempak
01/03/2022
11:25 MYT
Ramai taste ni
Laman Utama

Netizen Bengang Pemilik Kereta Mercedes Salah Guna Flicker Light Blue! Nama Asad Motawh Sekali Dikait - "Salam Diva AA Ni Ada Artis Tak Popular ..."

gempak
17/06/2021
03:01 MYT
Kejar masa betul ni sampai guna lampu kecemasan juga!
Berita

Cassia Iman Asyik 'Melekat' Dengan Asad Motawh Di Set Mulut Masin, Amboi...Manjanya!

gempak
07/12/2020
05:45 MYT
Cassia Iman mengakui berasa selesa apabila digandingkan dengan Asad dalam filem Mulut Masin
Hiburan

"Warna Mana Boleh Buat Solat" - Gaya Rambut Asad Motawh Dipertikai Netizen

gempak
25/06/2019
12:08 MYT