,
Laman Utama

Artis Indonesia Hina Kemaluan Bekas Isteri Bau Ikan Masin Menangis Nak Jumpa Anak - "Mungkin Bila Dosa Saya Sudah Habis Ditebus..."

Amri Hassan
27/08/2021
15:20 MYT
Pelakon Indonesia, Galih Ginanjar akui menyesal dengan sikapnya yang kerap menyakiti hati bekas isterinya, Fairuz A Rafiq sebelum ini.
BACA: Hina Kemaluan Bau Ikan Masin, Pelakon Indonesia Dipenjara 2 Tahun!
BACA: "Kawan-Kawan Ejek 'Ikan Asin'" - Anak Jadi Mangsa Buli Di Sekolah
BACA: Pernah Hina Kemaluan Bekas Isteri Bau Ikan Masin, Pelakon Indonesia Gatal-Gatal Dalam Penjara
Malah, Galih yang dibebaskan dari penjara ekoran kes menghina kemaluan bekas isterinya itu menangis mengenangkan sikap egonya yang pernah menuntut untuk melakukan ujian DNA buat anaknya, King Faaz.
Menerusi temu bual dalam saluran YouTube HAS Creative baru-baru ini, Galih juga akui teringin untuk bertemu dengan anaknya.
"Daddy minta maaf atas kelakuan daddy terhadap mommy. Sampai sekarang daddy belum jadi ayah yang baik buat kamu.
"Saya cuma ingin bertemu, bertemu saja. Kalau anak saya nak marahkan saya, saya terima saja kerana saya sedar saya sudah melakukan kesalahan besar.
"Ternyata inilah teguran Tuhan buat saya. Mungkin satu masa, bila dosa saya habis ditebus mungkin saya boleh bertemu. Jadi, saya anggap sekarang waktu untuk memperbaiki diri dulu.
"Saya bangga dengan anak saya yang mampu menghafal al-Quran dengan bagus. Terima kasih buat Sonny, Fairuz dan keluarga yang mendidiknya dengan baik," ujarnya.
Bagaimanapun, bekas suami kepada pelakon Barbie Kumalasari itu menegaskan dia tidak berniat untuk merebut hak penjagaan Faaz dari Fairuz.
"Sebenarnya saya tak mahu merebut hak penjagaan, kita tunggu keputusan mahkamah. Hak penjagaan anak ada pada ibunya, tapi tak menghalang seorang ayah untuk menyalurkan kasih sayangnya," tegasnya.
Dalam pada itu, sepotong rakaman rancangan temu bual menyaksian Faaz berbicara tentang peranan lelaki turut tular di media sosial.
"Jadi lelaki itu harus kuat. Lelaki yang kuat itu bukan seenaknya menyakiti hati orang, apa lagi hati perempuan. Lelaki kuat itu melindungi perempuan," ucapnya.
Galih dihukum penjara selama dua tahun empat bulan selepas terbukti bersalah menghina dan mengaibkan Fairuz dalam satu wawancara yang disiarkan di YouTube.
Dalam wawancara tersebut, Galih secara terbuka mendedahkan cerita tentang kemaluan bekas isterinya yang disifatkan berbau seperti ikan masin.
Selain Galih, YouTuber Rey Utami dan Pablo Benua masing-masing dihukum penjara setahun empat bulan dan setahun lapan bulan.
Galih bagaimanapun dibebaskan lebih awal secara bersyarat pada Disember tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.