,
Hiburan

Armada Teruja Lagu Catat Lebih 62 Juta Tontonan Di YouTube

Syafiqah Jalal
05/05/2017
09:49 MYT
Kumpulan popular Indonesia, Armada teruja dengan sambutan peminat terhadap lagu terbaru mereka yang berjudul Asal Kau Bahagia.
Vokalis Armada, Rizal berkata mereka tidak sangka video lirik lagu itu juga telah mencatat lebih 62 juta tontonan di YouTube sejak dilancarkan Februari lalu.
“Kami amat tidak menyangka atas sambutan yang diberikan.
“Kami berbangga dan berterima kasih kepada peminat kerana telah berjaya menjadikan lagu ini sebagai video lirik paling banyak ditonton dalam tempoh sebulan.
"Asal Kau Bahagia juga telah mendapat pengiktirafan daripada Google Indonesia sekaligus menjadi lagu pertama yang mendapat tontonan sebanyak itu sejak 16 tahun lalu,” katanya kepada Astro Gempak.
Rizal ditemui bersama ahli kumpulannya yang lain Radha (gitar), Mai (gitar), Andit (drum), dan Endra (bass) di majlis sidang media pelancaran lagu terbaru Armada di Hard Rock Café, Kuala Lumpur Rabu lalu.
Lagu Asal Kau Bahagia adalah ciptaan bersama ahli kumpulan itu sendiri iaitu liriknya ditulis oleh Rizal, manakala melodi digubah oleh Radha dan Mai.
Menurut Rizal yang juga vokalis kumpulan itu, lagu ini mengisahkan tentang pengalaman peribadi mereka sendiri.
“Asal Kau Bahagia mengisahkan tentang pasangan bercinta yang ragu-ragu tentang keikhlasan pasangannya.
“Mereka akhirnya membuat keputusan untuk berpisah kerana ingin melihat pasangannya bahagia,” katanya lagi.
Armada bakal menyambut ulang tahun yang ke-10 mereka di dalam dunia hiburan pada 24 Mei ini.
Bersempena itu, satu konsert khas akan diadakan secara besar-besaran di Jakarta bagi menghargai jasa Pasukan Armada (gelaran untuk peminat) pada tarikh yang akan diumumkan kemudian.
Teks oleh : Izzat Ridzwan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.
Hiburan

"Ya Allah Sedihnya" - Khai Bahar Peluk Kartina Aziz Sampai Alir Air Mata, Reaksi Netizen Bercampur-Baur!

gempak
11/09/2024
00:55 MYT
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan penyanyi Khai Bahar memeluk erat pelakon legenda, Kartina Aziz baru-baru ini.