,
Laman Utama

Ariana Grande Bercerai…

Izwan Isa
18/07/2023
02:20 MYT
Penyanyi, Ariana Grande dilaporkan telah bercerai dengan suaminya, Dalton Gomez. Perkhabaran tersebut disahkan oleh portal hiburan PageSix.
Menurut sumber, penyanyi lagu 7 Rings dan bekas suaminya yang merupakan ejen hartanah itu memberitahu bahawa mereka telah berpisah sejak Januari lalu. Sungguhpun begitu, hubungan mereka kekal rapat.
"Mereka membuat keputusan bersama-sama. Mereka menghadapi masalah sebelum Januari, tetapi mereka mahu kekal sebagai kawan baik.
"Ariana dan bekas suaminya telah menjadi kawan baik sepanjang keseluruhan proses, dan rakan serta keluarga mereka telah cuba melindungi mereka.
“Dalton melawat Ariana di set penggambaran filem Wicked di London dalam percubaan terakhir untuk menyelamatkan perkahwinan mereka, tetapi ia tidak berjaya," kata sumber itu.
Ariana mencetuskan khabar angin bahawa dia dan Dalton mengalami masalah rumah tangga apabila dia muncul di Wimbledon pada hujung minggu tanpa cincin perkahwinannya.
Kali terakhir Ariana dilihat dengan cincinnya di khalayak ramai adalah pada bulan April di konsert Jeff Goldblum di London.
Ariana dan Dalton mengikat tali pertunangan secara rahsia pada Mei 2021 di rumahnya di Montecito, California.
Dalton melamar Ariana pada Disember 2020 dengan cincin mutiara dan berlian yang mempunyai makna istimewa kepada bintang pop itu, kerana mutiara tersebut merupakan mutiara yang berasal dari cincin yang diberikan oleh neneknya.
Terdahulu, Ariana pernah mengikat tali pertunangan dengan pelawak Pete Davidson pada 2018 sebelum mengambil keputusan untuk berpisah.
BACA: Peminat Gelar Dirinya Anoreksia, Ariana Grande: “Anda Tidak Pernah Tahu Apa Yang Dilalui Seseorang”
BACA: Peminat Berdebat Tentang Penampilan Ariana Grande Yang Didakwa Mirip Wanita Asia - “Adakah Ini Miss Grande?”
Sumber: PageSix
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Adakah Talak Jatuh Kerana Paksaan Bercerai?

gempak
17/08/2024
04:55 MYT
Adakah jatuh talak jika seorang suami dipaksa menceraikan isterinya?
Hollywood

Ariana Grande Mahu Makan Malam Dengan Pembunuh Bersiri, Disifatkan Sakit Otak

gempak
30/06/2024
21:51 MYT
Penyanyi Ariana Grande meluahkan keinginan keluar makan malam bersama salah seorang pembunuh bersiri paling kejam dunia jika berpeluang berbuat demikian.
Hiburan

Puteri Sarah Liyana Tak Putus Titip Kata Semangat Buat Bella Astillah - “Sebulan Tu Nangis Lah Setiap Hari”

gempak
19/06/2024
09:55 MYT
Seperti pernah melalui kisah yang sama, pelakon Puteri Sarah Liyana tidak putus memberi kata-kata semangat buat sahabatnya Bella Astillah yang baru sahaja menjalani proses penceraian bersama aktor asal Singapura, Aliff Aziz.
Laman Utama

Ariana Grande Berhenti Lakukan Botoks & Tebalkan Bibir, Rasa Tidak Perlu Berselindung Lagi

gempak
16/09/2023
14:45 MYT
Ariana Grande membuat pendedahan telah melakukan beberapa siri suntikan botoks dan menebalkan bibir
Laman Utama

Berbalah, Britney Spears & Suami Bakal Bercerai?

gempak
17/08/2023
03:50 MYT
Sam tuduh Britney curang