gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Naik Kuda, Pergi Gym, Jaga Penampilan – Ini Ciri-Ciri ‘Hot Daddy’ Yang Green Flag!
HIBURAN
Ammar Ahyan Simpan Hajat Nak Jadi Ahli Politik, Terinspirasi Dengan Bapa Sendiri! - "Saya Nampak Betapa Susahnya ..."
HIBURAN
“Saya Tak Faham Orang Suka Tekankan Susu Badan Lebih Bagus Daripada Formula” - Nina Ismail Sabri
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

"Are You Serious? Bulan Puasa Ni, Awak Bukan Muslim Ke?" -  Mona Allen Dapat Tawaran Iklan Judi?

Hanafis Haris
Hanafis Haris
18/04/2021
23:55 MYT
Sponsor Banner
"Are You Serious? Bulan Puasa Ni, Awak Bukan Muslim Ke?" -  Mona Allen Dapat Tawaran Iklan Judi?
Pelakon Mona Allen mendedahkan dia juga pernah dihubungi oleh ejen syarikat judi yang mahu bekerjasama membabitkan satu projek pengiklanan.
Perkara itu dikongsi Mona menerusi tangkap layar yang dimuat naik di Instagram Storynya.
Menerusi posting berkenaan, seorang wanita yang merupakan pengurus di sebuah syarikat perjudian cuba menawarkan kerjasama aktiviti pengiklanan menerusi akaun TikTok Mona.
Jelasnya, Mona akan dibayar upah bulanan untuk iklan tersebut.
Isteri kepada aktor Pekin Ibrahim kemudian menolak tawaran yang dibuat.
Berang dengan tindakan individu berkenaan, Mona membalas mesej tersebut dan mempersoalkan mengenai tawaran itu.
"Are you serious? Bulan puasa ni, awak ni bukan Muslim ke?" jawab Mona.
Susulan jawapan berkenaan, wanita berkenaan segera memohon maaf dan menamatkan perbualan mereka.
"Minta maaf ya sis, tak minat takpe sis... maaf ya sis dah ganggu sis," kata individu tersebut.
Terdahulu, tular klip video lagu raya berdurasi lebih dua minit yang memaparkan aksi lakonan, nyanyian empat individu terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita.
Liriknya video berkenaan menggalakkan serta mengajak orang awam berjudi untuk mendapatkan duit.
Video tersebut turut memaparkan kandungan menarik minat orang ramai mencuba permainan itu untuk mencari duit raya.
Iklan berkenaan juga menasihatkan orang ramai supaya tidak susah hati dengan perbelanjaan menjelang sambutan Aidilfitri lebih tiga minggu lagi.
BACA: "Kurang Ajar & Memalukan" - Ashraf Muslim Kesal Iklan Raya Promosi Judi Online, Gesa Kenakan Tindakan Tegas!
Topic Berkaitan
#Mona Allen
#Judi
#Casino
#IklanRaya
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement