Berita
Ara AF2016 Kemalangan, Alami Gegaran Di Kepala
Finalis Akademi Fantasia 2016 (AF 2016), Ara Johari terlibat dalam kemalangan jalan raya semalam.
Menerusi akaun Instagram (IG)nya, Ara memberitahu dia bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan serius, cuma hanya mengalami gegaran di kepala dan sedikit lebam.
Bagaimanapun dia sedikit sedih kerana perlu membaiki banyak kerosakan di keretanya.
Penyanyi Warkah Untukmu itu turut menasihati kepada pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati ketika memandu kerana jalan raya licin ketika musim hujan.
"Terima kasih yang mendoakan , Kami xde ape ape kecederaan serious , cuma gegaran di kepala dan sedikit lebam . Tapi Alhamdulillah semua okay .
Cuma kereta memang banyak kena repair
Saya redha dengan dugaan Nya .
In Shaa Allah akan ada kebaikan di sebalik dugaan yang Dia bagi .
Kepada semua , tolong berhati hati sebab sekarang jalan tengah licin , sebab musim hujan .
And jangan drive laju laju"
Peminat Ara turut mendoakan agar penyanyi itu supaya segera sembuh dan segala urusan berjalan lancar.
Must-Watch Video