HIBURAN
Aqasha Selamat Timang Anak Ketiga - “Anak Ini Baru Tiba Dari…”
Pelakon Aqasha berkongsi berita gembira apabila dia dan isteri, Baizura selamat menimang cahaya mata ketiga pada Sabtu.
Perkhabaran manis itu dikongsikan sendiri oleh Aqasha menerusi satu hantaran di Instagram.
“Mendekati Syugra.
“Anak ini baru tiba dari syurga, Suri Adinda namanya. Seorang lagi anggota keluarga besar Hj Rosli dan Hajah Noorita.
“Semoga tuhan menerima aku kembali ke Syurga,” kongsinya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet menzahirkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah kepada Aqasha dan isteri atas kehadiran cahaya mata baharu.
“MasyaAllah. Tahniah bang. Wanginya bau Surga
“Tahniah brader! Semoga Suri menjadi anak yang solehah
“Sedap nama. Tahniah bang.
“Tahniah bang,” komen netizen
Sekadar info, Aqasha dan Baizura telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2010 dan telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Alehandra Ahmad dan Alaena Ayesha.
Must-Watch Video