,
Laman Utama

Aqasha Mengaku Lebih Selektif Memilih Naskhah; “Saya Tak Mahu Watak Lagha, No Point!”

Shahrin Zulkifle
21/11/2022
09:00 MYT
Sekian lama tidak munculkan diri di kaca televisyen, pelakon dan penyanyi Aqasha mengakui dirinya kini lebih selektif dalam membintangi mana-mana nashkah yang ditawarkan.
Enggan membawa watak yang sama berulang kali, pemilik nama lengkap Firdee Akassya Rosli, 40, berkata dia akan melihat kepada skrip dan jenis watak yang ditawarkan selain mahu memastikan hasil kerjaya berkualiti.
“Dalam perjalanan hidup saya sebagai anak seni apa yang pernah saya buat atau dah jadi sekali itu, takkan jadi untuk kedua kali.
“Benar sekarang saya lebih selektif memilih naskhah kerana perkara nombor satu akan dilihat sekarang adalah skrip dan watak yang ditawarkan kepada saya.
“Untuk saya teruskan tahap yang mana saya ada sekarang ini sudah pun buat saya selesa.
“Saya buat kerja sudah pasti saya mahu yang terbaik, saya sentiasa mahu membawa watak yang meninggalkan kesan kepada penonton. Saya tak mahu watak lagha yang sekali lalu, no point!” katanya kepada Gempak.
Aqasha berkata demikian ketika ditemui pada malam tayangan perdana drama bersiri lakonan terbaharunya berjudul Hilang terbitan Viu Malaysia baru-baru ini.
Dalam masa sama, pelantun lagu Embun itu berkata, kelainan dalam setiap lakonan adalah perlu supaya penonton dapat melihat sisi lain dirinya sebagai seorang pelakon.
“Saya sebagai seorang yang boleh jujur pada diri sendiri, bila saya tengok hasil kerja saya, kadang-kadang bercakap dalam hati, saya perlu move forward.
“Saya perlu buat benda lain, supaya orang nampak sisi saya yang lain. Saya perlu ada banyak warna dalam hasil kerja saya dan saya akui salama 20 tahun berlakon saya sudah mempunyai pelbagai warna itu,” tambahnya.
Selain Aqasha, Hilang turut dibintangi barisan pelakon tanah air lain seperti Khir Rahman, Siti Saleha, Jasmine Suraya dan ramai lagi.
Sinopsis:
Hilang mengisahkan tentang Inspektor Munir, penduduk tempatan dalam sebuah bandar fiksyen, Seri Daik yang kembali ke kampung halamannya selepas 17 tahun untuk menyiasat sebuah kes pembunuhan seorang remaja perempuan. Munir bertemu Yusof, seorang guru agama yang dituduh Munir sebagai punca kematian adiknya semasa satu upacara rawatan yang gagal. Yusof percaya yang pelakunya bukanlah dari dunia ini. Apabila seorang lagi remaja hilang atas sebab misteri, Munir dan Yusof terpaksa bekerjasama untuk merungkai kejahatan yang membelenggu Seri Daik.
Saksikan Hilang menerusi platform Viu yang boleh dimuat turun secara percuma melalui aplikasi App Store, Google Play, Huawei App gallery dan TV pintar terpilih serta laman web www.viu.com
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Hilang Lebih Setahun, Lelaki Ini Cuba Bertahan Dengan Minum Darah Penyu & Air Kencing Sendiri

gempak
16/09/2024
14:55 MYT
Selepas 438 hari terdampar di lautan, seorang lelaki yang dikenali sebagai Jose Salvador Alvarenga akhirnya terselamat manakala rakannya tidak.
Terkini

Anggota Trafik Alami Simptom Hilang Memori Selepas Kemalangan

gempak
06/09/2024
04:55 MYT
Anggota parah selepas bertembung dengan motosikal lain di Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), di sini ketika penugasan Ops Samseng Jalanan pada 28 Julai lalu kini bergelut dengan simptom kehilangan memori.
Berita

Remaja Merajuk Lari Masuk Hutan Ditemui Selamat

gempak
30/08/2024
15:30 MYT
​Seorang remaja yang dilaporkan lari ke dalam hutan berhampiran Taman Belimbing Harmoni, Alor Gajah pada malam Khamis ditemukan selamat.
Hiburan

Ada Stalker Follow, Siti Saleha Pilih Tak Kongsi Rutin Peribadi - "Privasi Itu Penting, Wanita Jangan Keluar Malam, Jangan Kongsi ..."

gempak
22/08/2024
08:00 MYT
Pelakon, Siti Saleha memilih untuk kurang membuat siaran langsung di Instagram walaupun kehilangan pengikut di Instagram.
Berita

Polis Minta Bantuan Kesan Mohd Ridzlan, Hilang Sejak 12 Ogos

gempak
20/08/2024
06:39 MYT
Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak sembilan hari lalu di daerah ini.