,
Berita

Api Di Bukit Broga Padam Sepenuhnya, Cuaca Panas Melampau, Tiupan Angin Jadi Punca Kebakaran

Gempak
18/03/2024
01:19 MYT
Kawasan hutan di tapak rekreasi popular Bukit Broga, di sini, yang terbakar malam tadi, padam sepenuhnya, awal pagi ini.

BERITA TRENDING: "Arwah Syahid Selamatkan 7 Mangsa Kebakaran" - 'Hero' Labuan Dalam Kenangan, Sepupu Dedah Tak…

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, kebakaran itu membabitkan kawasan puncak bukit berkenaan seluas 0.8 hektar.
"Seramai 64 orang terbabit dalam operasi ini terdiri daripada 17 anggota bersama tiga jentera dari Zon 4 Selangor (Hulu Langat), Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih, Bangi serta Ampang selain agensi lain termasuk pihak polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
"Kebakaran itu mudah merebak ke beberapa tompok-tompok api disebabkan tiupan angin di sekitar bukit berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

BERITA TRENDING: Takutnya Lihat Api Marak Dalam Kebakaran Uptown Kota Damansara

Wan Md Razali berkata, pihaknya berdepan beberapa kesukaran semasa memadamkan api termasuk tiada akses kenderaan untuk ke lokasi kebakaran.
"Seramai 28 pegawai dan anggota memanjat ke puncak bukit yang mengambil masa kira-kira 30 minit hingga 45 minit bagi menghampiri lokasi kebakaran.
"Pemadaman dijalankan dengan menggunakan 'fire beater' berikutan ketiadaan sumber air.
"Tindakan operasi yang diambil adalah untuk menyekat api terus merebak di sekitar bukit dengan lokasi kebakaran dipecahkan kepada tiga sektor iaitu di kawasan puncak satu, dua dan tiga," katanya.
Beliau berkata, api berjaya dipadamkan sepenuhnya jam 2.30 pagi sebelum operasi ditutup jam 3.30 pagi.
"Turut berada di lokasi kejadian adalah Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan dan Pegawai Daerah Hulu Langat, Datuk Mohd Jusni Hashim," katanya.

PILIHAN PEMBACA: “Saya Ingatkan Tu Prank….” - Berlinang Air Mata Cik B Imbau Saat Kehilangan Dua Abangnya Dalam Kebakaran

Terdahulu, media melaporkan kawasan hutan di tapak rekreasi popular Bukit Broga, terbakar malam tadi.
Sumber: Harian Metro, Malaysia Gazette
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Fattah Amin Dedah Tiada Orang Ketiga, Akui Masih Sayangkan Fazura

gempak
14/09/2024
04:26 MYT
Pelakon Fattah Amin menegaskan bahawa tiada wanita lain dalam hidupnya yang menyebabkan kepada keruntuhan rumah tangganya bersama aktres, Fazura.
Berita

Bomba Potong Cincin Sangkut Pada Alat Sulit Lelaki

gempak
09/09/2024
12:55 MYT
Khidmat anggota bomba terpaksa digunakan bagi khidmat khas memotong cincin besi yang tersangkut pada alat sulit seorang lelaki yang dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada Ahad.
Viral

Pantas! Netizen Puji Pasukan Bomba Sampai Ke Lokasi Kebakaran Kurang Dari 10 Minit - “Saya Sangat Kagum Dengan…”

gempak
07/09/2024
02:55 MYT
Menerusi video yang dikongsikan @cymfvlkrum dilaman TikTok dia sangat kagum dengan tindakan pasukan bomba yang tiba dilokasi kebakaran kurang daripada 10 minit.
Laman Utama

Tanah Jerlus:'150 Anggota SAR Setiap Hari, Kita Sudah Buat Yang Terbaik' - Bomba

gempak
03/09/2024
05:55 MYT
"Sepanjang tempoh sembilan hari operasi SAR itu, kita telah buat yang terbaik."
Laman Utama

Tak Ada Pick Up Line, No Hal! Kali Ini Abang Bomba Upgrade, Beri Gula-Gula Lolipop Sebagai Hadiah Buat Pengunjung

gempak
31/08/2024
03:55 MYT
Pernah mencetuskan fenomena dan tular dalam acara sambutan Hari Kebangsaan tahun lalu, kemunculan abang Bomba berbadan 'sado' terus mencuri tumpuan pengunjung yang hadir ke Dataran Putrajaya, pagi Sabtu ini.