,
Hiburan

"Apalah Nasib Kita Akan Datang?" - Kodi Rasheed Tak Dapat Bayangkan Nasib Yang Kita Bakal Alami

Badrul Hashim
10/04/2020
00:00 MYT
Beberapa hari lalu, video seorang anggota tentera memakaikan mask buat seorang makcik Orang Kelainan Upaya (OKU) menjadi viral di media sosial.
Keprihatinan anggota tentera tersebut menjadi bukti bahawa masih ramai rakyat Malaysia yang mempunyai budi pekerti yang mulia.
Baca: "Lindungi Makcik Ini Ya Allah" - Naik Kerusi Roda Beli Barang Dapur, Dugaan Makcik OKU Ini Buat Ramai Sebak!
Apabila kisah tersebut menjadi viral, Alhamdulillah, bantuan mula datang untuk membantu Makcik yang dikenali sebagai Noraini Wong itu.
Ustaz Ebit Lew turut menziarahi wanita yang penuh dengan kesulitan itu apabila kerja menjual kacang terpaksa dihentikan atas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Baca: "Selalu Berdoa Menangis Nak Jumpa Ustaz, Saya Tak Pandai Islam Macam…" - Nasib Makcik OKU Ini Akhirnya Terbela Apabila Bertemu Ustaz Ebit Lew!
Terbaru, pelakon Kodi Rasheed turut berkongsi kisah tentang Makcik Noraini. Menurut Kodi, rumah makcik tersebut terletak tidak jauh daripada rumahnya.
"Alhamdulillah setelah viral semalam, hari ni ramai yang hulurkan bantuan tak kira bangsa dan agama. Happy makcik ni ramai orang tangkap gambar dengan dia. Bila aku selfie dengan dia bukan main gelak besar.
"Jutaan terima kasih kepada rakyat malaysia yang prihatin. Semoga korang semua sentiasa dimurahkan rezeki dan sentiasa dilindungi Allah s.w.t." tulis Kodi pada satu entri dia bergambar dengan Makcik Noraini.
Kodi turut memohon agar pihak yang tidak bertanggungjawab supaya tidak mengambil kesempatan ke atas orang yang benar-benar memerlukan bantuan.
"Kepada pihak yang tidak bertanggungjawab jangan buat otak lebih jadi scammer bagai buat account konon nak bantu makcik ni.
"Sesiapa yang nak beri sumbangan kat makcik ni aku nasihatkan korang pergi jumpa sendiri atau buat collection then wakilkan sorang untuk pergi bagi kat tangan makcik ni. Semoga yang baik-baik buat makcik ni dan kita semua. Aamiin," tulis Kodi lagi.

Makcik ni rumah dia tak jauh dari rumah aku. Alhamdulillah setelah viral semalam harini ramai yang hulurkan bantuan tak kira bangsa dan agama. Happy makcik ni ramai orang tangkap gambar dengan die bila aku selfie dgn dia bukan main gelak besar. Hehe.. Jutaan terima kasih kepada rakyat malaysia yang prihatin. Semoga korang semua sentiasa dimurahkan rezeki dan sentiasa dilindungi Allah s.w.t !! Kepada pihak yang tidak bertanggungjawab jangan buat otak lebih jadi scammer bagai buat account konon nk bantu makcik ni. Sesiapa yang nak beri sumbangan kat makcik ni aku nasihatkan korang pergi jumpa sendiri atau buat collection then wakilkan sorang untuk pergi bagi kat tangan makcik ni. Semoga yang baik2 buat makcik ni dan kite semua. Aamiin. . Apa agaknya nasib kita akan datangkan?? . #kodirasheed #love #peace #68100 #batucaves #kampunglaksamana

A post shared by ShAzmEeR (@kodi_rasheed) on

Dalam pada masa yang sama, Kodi juga tidak dapat membayangkan apakah nasib kita pada masa akan datang andai apa yang terjadi kepada Makcik noraini terjadi kepada diri kita.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

#Sheriff: Ramai Terkejut Ada Kodi Rasheed, Netizen Rate 10 Bintang - “Lakonan Dia Memang Top Notch!”

gempak
26/04/2024
12:55 MYT
Sekali keluar memang terus bagi impak, pergh!
Laman Utama

[VIDEO] “Kehilangan Orang Yang Paling Kita Sayang Adalah Lebih Seram Berbanding Hantu” – Pengarah Filem Halimun

gempak
08/11/2022
08:00 MYT
Pengarah filem Halimun dedah idea asal
Laman Utama

[VIDEO] Puas! Beto Kusyairy Sanggup Bakar Diri Sampai Melecur Bibir! - "Ini Salah Satu Wish List Saya"

gempak
28/10/2022
08:00 MYT
Beto Kusyairy tak guna stuntman buat aksi bakar diri
Laman Utama

"Muka Ada Orang Tiup, Bau Air Kencing, Nampak 2 Pocong" - Kodi Rasheed Kena Gangguan Ngeri Ketika Shooting

gempak
27/01/2021
01:20 MYT
Seramnya kena ganggu sampai tak boleh tidur!
Hiburan

Kongsi Birthday Dengan Anak Kedua, Kodi Rasheed Pilih Nama 'Sultan'

gempak
21/07/2019
01:48 MYT