,
Laman Utama

Apakah Hukumnya Jika Tak Peduli Isu Palestin? Ustaz Adnin Ada Jawapannya…

Izwan Isa
30/10/2023
12:50 MYT
Sejak kebelakangan ini, ramai dalam kalangan kita yang begitu serius dalam menentang kekejaman zionis Israel.
Ada yang menyalurkan bantuan dari segi wang ringgit, dan ada juga yang membantu menyebarkan fakta di sebalik kekejaman Israel menerusi media sosial.
Namun, masih ada dalam kalangan umat Islam yang memilih untuk bersikap neutral atau atas pagar terhadap isu yang menjadi perhatian dunia ini.

BERITA TRENDING: Dr Zulkifli Lelong Jam Tangan Rolex Pemberian Raja Saudi, Hasil Bidaan Disalur Sepenuhnya Kepada Palestin

Menerusi nasihat yang pernah dikongsikan oleh pendakwah bebas, Ustaz Adnin sekitar dua tahun lalu, berdosa hukumnya jika seseorang umat Islam itu tidak mempedulikan nasib rakyat Palestin yang ditindas dengan penuh kekerasan oleh Israel.
“Sahabat sekalian hukumnya berdosa sebab isu Palestin ni bukan sekadar isu kemanusiaan tapi ini adalah isu akidah. Pertamanya kalau kita tidak mengambil tahu isu Palestin ni Nabi Muhammad SAW tak mengaku umat.

BERITA TRENDING: “Kami Tak Boleh Tanggung…” - Doktor Di Gaza Rayu Serangan Dihentikan, Situasi Hospital Semakin Tak...

“Nabi Muhammad SAW pernah bersabda siapa yang tak ambil tahu tentang urusan umat Islam maka dia bukan di kalangan mereka. Makna kalau kita tak ambil tahu tentang saudara kita di kalangan Palestin kita bukanlah dari umat Islam.
“Yang kedua Nabi Muhammad SAW memberitahu, umat Islam umpama satu jasad, kalau sakit sebahagian maka akan sakitlah seluruh jasad. Kalau kita mengaku beriman tapi langsung tak rasa apa-apapun bila lihat umat Islam di sana diseksa dihina maksudnya selama ini keimanan kita hanyalah palsu,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Menyamar Jadi Rakyat Palestin Untuk Minta Derma, Netizen Bengang Dengan Sikap Warga Asing - "Senang-Senang Je!"

gempak
10/09/2024
09:55 MYT
Di saat rakyat Palestin teruk dibedil oleh rejim Zionis di negara sendiri, ada pula sesetengah pihak yang mahu mengambil kesempatan terhadap isu tersebut.
Hiburan

Pengarah Filem AS, Sarah Friedland Nyatakan Sokongan Kepada Palestin Secara Terbuka Di Festival Filem Venice

gempak
09/09/2024
03:55 MYT
Friedland menyuarakan sokongannya semasa memberi ucapan selepas menerima Anugerah Luigi de Laurentiis untuk filemnya Familiar Touch di Festival Filem Venice.
Berita

“Terima Kasih Malaysia Atas Bantuan, Sokongan Diberikan” - Warga Palestin

gempak
05/09/2024
05:25 MYT
"Terima kasih kepada rakyat Malaysia atas bantuan dan sokongan yang diberikan kepada rakyat Palestin", kata Banan Salmi Ahmad Abu Ratimah, 28, ketika ditemui di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan, Kuala Lumpur.
Sukan

Skuad Bola Sepak Palestin Training Di Kuala Lumpur - "Malaysia Ibarat Rumah Pertama Kami"

gempak
28/08/2024
09:25 MYT
Skuad bola sepak Palestin mengakui gembira dapat menjalani latihan serta mengharungi perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia menentang Jordan di Malaysia.
Hiburan

Band Underground Uncure Perjuangkan Isu Palestin, Bakal Adakan Showcase Tanda Soladiriti - "Kami Ingin Gabung Kelompok Berbeza"

gempak
25/08/2024
16:04 MYT
Atas kesedaran untuk menzahirkan solidariti terhadap saudara di Palestin, maka terlahirlah karya yang bertajuk 'Palestin : Hak Yang Dinafikan' oleh band Uncure yang dianggotai oleh Taiyuddin Bakar (vokalis), Anaz (gitar), Macik (drum) dan Hakim (bass).