,
Gaya Hidup

Apakah Hukum Bagi Lelaki Yang Menggunakan Produk Penjagaan Wajah?

Gempak
29/06/2024
13:55 MYT
Penjagaan wajah boleh dikatakan semakin mendapat perhatian pada masa kini. Dahulunya sinonim dengan kaum wanita, kini kaum lelaki juga dilihat begitu menitik beratkan soal penjagaan kulit.
Namun, ada segelintir kaum Adam yang bimbang menyamai kaum Hawa jika menggunakan produk penjagaan wajah selain pencuci muka.
Sebenarnya bolehkah golongan lelaki menggunakan produk penjagaan muka atau kulit?
Menerusi laporan yang diterbitkan Sinar Harian, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang menjelaskan terlebih dahulu tentang kajian kulit yang dilakukan oleh pakar supaya kita jelas tentangnya.

Hukum

Menurut pakar dalam bidang berkenaan, produk perawatan kulit sebenarnya tidak memiliki kaitan gender dan tiada masalah jika lelaki menggunakan produk perawatan kulit wanita dan begitu juga sebaliknya.
“Menurut pakar kajian kulit, tiada spesifik (produk perawatan kulit) untuk lelaki atau wanita.
“Sebenarnya menjadi keperluan sama bagi lelaki atau wanita untuk menggunakan penjagaan kulit yang sesuai. Maka wanita boleh gunakan produk untuk lelaki sekiranya sesuai dengan kulitnya.
“Begitu juga dengan lelaki asalkan tidak menimbulkan masalah pada kulit mereka,” katanya sebagaimana dipetik menerusi e-kemusykilan portal soal jawab agama Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenal Lelaki Lain Menerusi Tinder, Isteri Gadai Maruah Demi Tender Projek Binaan

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Saman Kekasih Sebab Gagal Hantar Ke Lapangan Terbang

Dari segi pemakaian produk penjagaan muka, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang menjelaskan, terdapat kaedah-kaedah umum dalam penggunaanya agar menepati garis panduan ditetapkan.

Berikut perinciannya:

1. Produk itu mesti dihasilkan daripada bahan halal, manakala yang diperbuat daripada bahan-bahan tidak halal atau tidak suci hukumnya adalah najis dan tidak boleh dibawa dalam solat.
2. Penggunaannya mestilah atas tujuan dan niat untuk membersih, merawat dan menjaga kulit muka, bukannya berniat lain iaitu riak dan menunjuk-nunjuk.
3. Pemakai produk penjagaan itu hendaklah membasuh muka sebelum berwuduk. Dibimbangi ia akan menghalang air dari terkena kulit wajah.
4. Produk tidak menggunakan bahan-bahan yang boleh membawa kemudaratan yang diharamkan kerana Islam melarang umatnya mencampakkan diri mereka ke lembah kemudaratan.
Menjawab persoalan di atas berdasarkan perbahasan itu, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang menjelaskan, harus bagi umat Islam lelaki untuk menggunakan produk penjagaan kulit dan muka.

“Keharusan ini tertakluk selagi mana produk tersebut diperbuat daripada bahan-bahan yang halal, tidak mengandungi najis dan tidak memudaratkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Penonton Emosi & Geram, Pukul Pelakon Lelaki Ipar Adalah Maut

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja Bakar Kucing Diperintah Bon Kelakuan Baik Selama Setahun

ARTIKEL BERKAITAN: Aney Tular ‘Fight One By One’ Kini Sudah Jadi Influencer? Jom Baca Fakta Menarik Tentang Dirinya!

“Sementara itu, dari segi hukum lelaki menggunakan produk penjagaan wajah wanita pula adalah harus sekiranya ia digunakan untuk tujuan membersih dan merawat kulit wajah dan bukannya dengan tujuan kesombongan atau meniru penampilan kaum Hawa yang sama sekali dilarang dalam agama,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Berita

Lelaki Myanmar Mengaku Bersalah Korek Mata Mangsa Hingga Cacat Kekal

gempak
22/11/2024
09:25 MYT
Warga Myanmar yang mengorek biji mata kiri seorang lelaki sehingga mengalami kecacatan kekal mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap mangsa, Sabtu lalu.
Hiburan

Penangan Ipar Adalah Maut & Andai Tiada Dia, Ramai Yang Nak Tahu Tentang Iddah Lelaki, Ini Penjelasan Tun Laila

gempak
19/11/2024
06:55 MYT
Penguam dan personaliti media sosial, Tun Laila memberikan penjelasan berkenaan dengan waktu iddah bagi kaum lelaki.
Hiburan

Letup Belon Majlis Gender Reveal, Nabila Razali & Suami Bakal Timang Anak Lelaki!

gempak
17/11/2024
09:25 MYT
Penyanyi Nabila Razali mengumumkan bakal menimang bayi lelaki tidak lama lagi.
Hiburan

Adik Neelofa Bakal Timang Cahaya Mata Lelaki!

gempak
17/11/2024
08:55 MYT
Adik lelaki kepada pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa iaitu Mohamed Aqief bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Unitar