,
Hiburan

“Apabila Saya Saksikan Adik Melafazkan Dua Kalimah Syahadah…” – Ayana Moon

Mya Amri
03/05/2019
11:44 MYT
Selebriti Instafamous mualaf popular di Malaysia, Ayana Moon terharu dengan adik lelaki kesayangannya yang membuat keputusan untuk memeluk agama Islam.
Menurut Ayana, dia bersyukur kerana doanya selama ini sudah pun dimakbulkan Tuhan.
“Sebenarnya saya sangat terharu dengan adik saya, sebab sebelum ini hubungan saya dengan keluarga sangat baik.
“Tetapi kadang-kadang saya rasa mereka seperti tidak menghormati agama saya kerana mereka tidak suka saya memakai tudung dan ia menimbulkan sedikit masalah.
“Bila adik saya beritahu ingin memeluk islam, saya rasa sangat bersyukur kerana akhirnya Allah memakbulkan doa saya terhadap adik saya,” katanya.
Tambah Ayana, melihat adiknya melafazkan dua kalimah syahadah membuat dia terkenang kembali kenangannya sewaktu memeluk agama Islam kira-kira lapan tahun lalu.
“Apabila saya menyaksikan adik saya melafazkan dua kalimah syahadah secara tidak langsung ia mengingatkan saya disaat ketika saya ingin memeluk Islam dahulu.
“Sekarang saya rasa lebih bertanggungjawab dan sedikit tekanan, jadi saya mula belajar dan semakin mendalami tentang Islam.
“Sekarang dia masih muda dan bersekolah jadi berhasrat untuk membawa dia ke Malaysia untuk menyambung pelajarannya selepas tamat persekolahan.
“Kerana di Korea tidak mempunyai komuniti Islam mahu pun pengajian Islam, jadi agak sukar untuk menjalani kehidupan sebagai seorang muslim di sana. Jadi kalau boleh saya mahu adik saya tinggal di negara Islam seperti saya.
“Sekarang sudah hampir bulan Ramadan, jadi saya mengajarnya tentang berpuasa dan hari raya,” jelasnya.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Dah Anggap Macam Keluarga, Instafamous Tak Sangka Anak Didera Pengasuh

gempak
30/03/2024
20:55 MYT
“Harapkan pagar, pagar makan padi,” itulah peribahasa yang sesuai diungkapkan dalam situasi seorang pempengaruh Instagram apabila anaknya yang ditinggalkan bersama pengasuh didera sehingga mengalami kecederaan pada kepala, mata dan telinga. Kes yang berlaku di Indonesia itu dikongsikan sendiri oleh ‘influencer’ berkenaan, Emy Aghnia di mana dia m
Laman Utama

“Ketika Bertemu Teman-Teman…”- Tak Berhijab Di Korea, Ini Penjelasan Model Mualaf Ayana Moon

gempak
20/07/2022
00:40 MYT
Ramai persoal kenapa Ayana tak lagi berhijab...
Laman Utama

Dapat Komen Suruh Jadi Jantan Sejati, Azfar Heri; "Sejati Macam Mana? Nak Suruh Lawan Futsal Kot..."

gempak
28/05/2022
03:50 MYT
Pempengaruh Azfar Heri mengakui penat apabila kerap menerima komen berbaur sindiran terhadap personalitinya.
Laman Utama

Gamat! Ada 3 Infleuncer, Pak Duan, Mek Yun & Asrulfaizal Dalam Hantu Mok Joh!

gempak
18/02/2022
11:02 MYT
Apa jadi influencer ni bergabung dalam Hantu Mok Joh?
Laman Utama

“Sayangnya Dia Dekat Awak” - Picit Pipi Comel, Netizen Puji Cara Suami Layan Beby Tora

gempak
14/02/2022
12:54 MYT
Alhamdulillah...