,
Laman Utama

Apa Sebab Nora Danish Pasang Bodyguard?

Gempak
21/12/2023
06:40 MYT
Pelakon Nora Danish mendedahkan khidmat pengawal peribadi atau ‘bodyguard’ yang diupah sejak tujuh tahun lalu adalah atas saranan suami tersayang, Nedim Nazri Aziz.
Menurut aktres berusia 41 tahun itu, kebimbangan suami yang mementingkan keselamatannya di luar rumah membuatkan dia sedia diiringi ‘bodyguard’ merangkap pemandu peribadi.
“Saya ada ‘bodyguard’ ini sebenarnya sejak berkahwin dengan suami iaitu sekitar tujuh tahun lalu.
“Apabila dia tiada saya kena memandu sendiri tetapi suami pula akan hubungi sepanjang tempoh 24 jam kerana risau.
“Sekarang dia akan menelefon ‘bodyguard’ saya bertanyakan tentang keadaan saya,” katanya kepada Kosmo! Online.
Selain soal keselamatan Nora atau nama lengkapnya Nor Mohd. Danish Hanif mengakui kehadiran ‘bodyguard’ membuatkan kehidupannya lebih lancar.
“Ini keputusan suami. Kalau saya, sendirian ke mana-mana pun tidak mengapa, lebih baik tetapi saya saya cuai dan cepat lupa.
“Laluan biasa untuk pergi ke mana-mana juga saya susah ingat sebab selalu leka. Barang pun selalu tertinggal, telefon bimbit entah di mana. Jadi pengawal peribadi dapat bantu banyak benda,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Nora turut membintangi filem arahan Datuk Aaron Aziz berjudul Sayu Yang Syukur bergandingan dengan Arja Lee, Fairie Khalil dan ramai pelakon hebat lain.
Sumber: Kosmo! Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Elly Mazlein Kongsi Detik Perkenalan Bersama Suami - ”Lepas Dia Beritahu Tiada Instagram, Terus Lulus”

gempak
19/09/2024
08:55 MYT
Penyanyi dan pengacara terkenal, Elly Mazlein mengimbau kembali detik sewaktu perkenalan dengan suami, Muhammad Azlan Che Nuh.
Terkini

Enam Bulan Sorok Bunuh Suami Diserang Strok

gempak
19/09/2024
02:55 MYT
Kes pembunuhan seorang lelaki di tangan isterinya akhirnya terbongkar setelah enam bulan.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.