,
Laman Utama

"Apa Lagi Salah Saya" - DSV Hairan Buat Macam Mana Pun Masih Dibenci? Depan Nampak Happy Tapi...

Hanafis Haris
22/02/2022
11:17 MYT
Usahawan kosmetik yang juga Presiden Netizen untuk program Big Stage 2022 Datuk Seri Vida terus menjadi kecaman netizen.
Semuanya gara-gara keterbukaannya untuk memberi komen dan pandangan terhadap peserta Big Stage pada konsert minggu lalu.
Susulan itu, Vida meluahkan rasa sedihnya menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun TikTok semalam.
Menurut Vida, dia hairan kerana setiap tindak tanduknya menerima kecaman hebat daripada netizen.
"Apa lagi salah saya, kenapa tak boleh terima setiap apa yang cuba saya lakukan.
"Kebiasaan balik daripada hotel baru saya akan buka phone, nak tengok komen dan feedback netizen.
"Tapi setiap minggu saya masih dikecam dengan bermacam kata, sedangkan saya dah jadi sebaik mungkin behave dengan kata-klata," katanya.
Tambahnya, depan orang mungkin dia nampak gembira, namun di sebaliknya hanya Allah saja yang tahu.
"Buat macam mana pun masih dibenci dikecam netizen. Sedih hati saya.
"Depan orang saya nampak suka nampak happy, tapi sebaliknya Allah saja tahu segala kesedihan dan kesusahan saya hadapi," katanya.
Menerusi ruang komen, kebanyakan netizen dilihat bersikap positif dan memberikan kata-kata semangat buat usahawan tersebut.
Ada yang meminta supaya Vida bersabar, namun tidak kurang juga memintanya supaya menurunkan ilmu untuk membuat kandungan pemasaran.
@datoserividaofficial Apa lagi salah saya. Kenapa tak boleh terima setiap apa saya cuba lakukan. #datoserivida #bigstage #fyp #viralllllll #fypシ゚viral #dsvnangis #dsvsedih ♬ original sound - Alzera Geny Netriana
Terdahulu, Vida menegaskan dia layak untuk memberi komen kepada peserta Big Stage.
Ini kerana dia juga mempunyai ilmu tentang muzik dan seorang pencinta lagu.
"Tak tahu ke saya dalam industri ni dah lama? Nak suruh saya sampai ada ijazah ke?” katanya.
BACA : Big Stage 2022: “Saya Reti Juga Pasal Muzik” - Vida Jawab Kenapa Dia Beri Komen Pada Peserta, Bukan Baca Tweet
Untuk rekod, Lia Aziz diumumkan sebagai peserta kedua yang terpaksa meninggalkan Big Stage 2022.
Ketika persembahan, Lia membawakan lagu Kisah Hati daripada Datin Alyah.
Seramai 10 lagi peserta yang bakal meneruskan perjuangan menerusi Big Stage 2022 ialah Tuah Adzmi, Yazmin Aziz, Ajoi Zainal, Daniel Chuer, Elica Paujin, Megat Rahim, Sofiaa Marieylla, Tegar Septian, Syafiq Abdillah dan Aisha Retno.
Big Stage 2022 bersiaran bermula 6 Februari di Pusat Konvensyen, Antarabangsa Putrajaya (PICC) menerusi saluran Astro Ria (104).
BACA : Big Stage 2022: Gagal Tunjuk Something Special, Lia Aziz Tersingkir Minggu Ketiga
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar