HIBURAN
Anzalna Nasir Kongsi Pengalaman Naik ‘Submarine’ Di Maldives, Seronok Walaupun Rasa ‘Anxiety’ - “Saya Tak Kisah Berapa Banyak Saya Bayar”
Aktres, Anzalna Nasir mencuri perhatian apabila berkongsi momen percutiannya bersama keluarga di pulau peranginan terkenal, Maldvies, baru-baru ini.
Seronok Walapun Cemas
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Anzalna, 38, berkongsi pengalaman dia dan keluarga menaiki submarine bagi menikmati keindahan dalam laut tanpa menyelam.
“Sebenarnya saya takut, tetapi saya mahu anak-anak saya merasai pengalaman turun ke laut dalam.
“Dalam gila dia bawa! Dia tau tak, dalam hati I dah menjerit nak keluar dari submarine ni!,” kongsi Anzalna.
Biarpun ia adalah satu pengalaman yang tak dapat dilupakan, ibu kepada dua cahaya mata itu memgakui berasa cemas apabila berada dalam submarine tersebut.
Malah, Anzalna menyifatkan anak-anaknya sangat bertuah dapat merasai pengalaman indah tersebut.
“Saya serius nak suruh mereka patah balik. Saya tak kisah pun berapa banyak yang saya bayar, saya sudah rasa anxiety!
“MashaAllah, Eidrees dan Emirhan sungguh bertuah dapat menyaksikan makhluk secantik ini. Mommy's anxiety hilang terus! Ia adalah pengalaman yang indah untuk kami semua,” kongsinya lagi.
Untuk rekod, Anzalna mendirikan rumah tangga bersama Mohamad Hanif Zaki yang merupakan seorang usahawan pada 2016.
Perkahwinan mereka diserikan dengan dua cahaya mata lelaki, Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.
Must-Watch Video