,
Laman Utama

Anugerah Telenovela Kembali, Peminat Boleh Mengundi Drama & Pelakon Kegemaran Bermula Sekarang!

Azwa Rahman
26/03/2022
08:39 MYT
Selepas kali terakhir penganjurannya pada tahun 2019, Anugerah Telenovela kembali untuk mengiktiraf karya-karya berkualiti seni kreatif negara.
Pada tahun ini, sebanyak 106 karya dipertandingkan yang dikumpul sejak 2020 hingga tahun ini bagi layak dicalonkan dan dinilai panel juri.
Pengerusi Anugerah Telenovela, Dr Hasan Hamzah berkata, inisiatif itu seiring misi acara berkenaan untuk mengangkat industri kreatif tempatan ke peringkat yang lebih hebat.
"Kategori asas seperti sebelumnya termasuk kategori utama telenovela, skrip, pelakon dan stesen terbaik atau popular masih ada. Terdapat juga kategori sampingan untuk pelakon kanak-kanak dan pasangan hebat.
“Panel juri profesional akan mengadili untuk kategori terbaik manakala kelab peminat mengundi kategori popular. Pemenang Top 3 misalnya akan dibawa pula bertanding di anugerah antarabangsa," katanya.
Memasuki edisi kelapan, Anugerah Telenovela asalnya cuma pecahan kategori dalam Anugerah Buku Negara yang diperkenalkan pada 2005. Bermula 2015, anugerah terbabit kemudian dilangsungkan berasingan.
Belum ditetapkan tarikh acara, penganjurannya bakal berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.
Malah, beberapa pemenang drama terbaik Anugerah Telenovela 2022 bakal dibawa bertanding ke Anugerah Telenovela Antarabangsa bermula tahun depan.
Berikut merupakan pencalonan penuh Anugerah Telenovela: www.anugerahtelenovela.com.
Peminat boleh mengundi drama dan pelakon kegemaran mereka bermula sekarang.
Tahun ini, acara itu turut mendapat penajaan jenama kosmetik Yuela Gold.
Majlis pelancaran undian dalam talian anugerah itu dirasmikan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Zahidi Zainul Abidin. Hadir sama, Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia, Dr Ahmad Ibrahim atau Mat London; penganjur Datuk Rosmarayu Mokhtar dan penerbit terkenal Datuk Yusof Haslam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Panas! Sophia Albarakbah, Meerqeen, Anna Jobling Antara Calon Top 10 Anugerah Telenovela ke-9

gempak
22/09/2023
05:14 MYT
Tanggal 6 Disember 2023 akan menjadi penentu karya atau naskhah malah aktres dan aktor mana yang menjadi pilihan popular dalam Anugerah Telenovela ke-9.
Berita

Ogy Tempelak Netizen Komen Anugerah Tak Masuk Kubur

gempak
01/08/2018
12:49 MYT
Terkini

Fattah Amin & Nur Fazura Dominasi Anugerah Telenovela 2018

gempak
29/07/2018
07:26 MYT
Berita

Naskhah Novel Semakin Dikenali Menerusi Filem dan Telefilem, Beri Peluang Pada Penulis Skrip Tulis Novel

gempak
12/07/2018
15:23 MYT