,
Hiburan

‘Anugerah Dokumentari Terbaik’ Diperkenalkan Semula Selepas 5 Tahun, Malam Kemuncak FFM33 Akan Bertemakan ‘Emas’

Ainun
21/08/2024
03:55 MYT
Selepas 5 Tahun, Akhirnya FINAS Kembalikan ‘Anugerah Dokumentari Terbaik’ Di Festival Filem Malaysia Ke-33
Festival Filem Malaysia yang ke-33 bakal mengembalikan semula kategori ‘Anugerah Dokumentari Terbaik’ selepas lima tahun tiada dalam senarai pertandingan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), anugerah tersebut dikembalikan disebabkan kerajaan ingin menghargai serta memartabatkan filem di Malaysia.
“Tahun ini, FFM33 akan menampilkan 30 anugerah yang merangkumi pelbagai kategori.

“FINAS juga ingin mengumumkan bahawa Anugerah Dokumentari Terbaik akan dipertandingkan semula kerana ini merupakan langkah Kerajaan menghargai dan memartabatkan pelbagai genre dan bentuk karya dalam industri perfileman dan memperkayakan spektrum sinema Malaysia”, katanya.

Penyertaan pertandingan

Selain itu, beliau juga mengumumkan penyertaan bagaimana mana perfileman di Malaysia dipertandingkan.

“Dari segi penyertaan, saya difahamkan lebih 100 buah filem yang diterbitkan dari 1 Oktober 2022 hingga 30 Jun 2024 layak untuk menyertai pertandingan pada tahun ini.

“Ia merupakan lanjutan apabila festival filem tidak diadakan pada tahun 2023”, ulasnya ketika berlangsung sidang media pertama Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) di Komplek Studio Merdeka Finas, Kuala Lumpur.
Selain trofi dan hadiah wang tunai, pemenang bagi kategori ‘Anugerah Filem Terbaik’ bakal menerima dana sebanyak RM500,000 sebagai tanda sokongan dalam pembuatan filem di Malaysia.

Tema Festival Filem Malaysia

Dalam pada itu, Azmi turut berkongsi tentang pemilihan tema bagi FFM33 tahun ini yang bakal berlangsung pada 7 Disember 2024 di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri.
“Untuk edisi yang ke-33 ini, FFM hadir dengan tema 'EMAS,' yang merupakan singkatan bagi Evolusi Sinema Malaysia. Tema ini dipilih di mana 'emas' melambangkan sesuatu yang bernilai tinggi, berkualiti, dan memberikan impak yang besar, ciri-ciri yang kita impikan untuk setiap karya perfileman tempatan.

“Di bawah tema ini, kita tidak hanya meraikan karya seni yang cemerlang, tetapi juga mendorong para penggiat seni untuk terus menghasilkan filem yang mempunyai nilai komersial dan artistik yang unggul.

“Pengisian festival tahun ini dirancang dengan lebih teliti, bagi memastikan setiap program yang dianjurkan memberi manfaat maksimum kepada semua yang terlibat.
“Dari sesi perbincangan industri hingga kepada forum-forum kreatif, semua aktiviti ini akan diakhiri dengan Malam Anugerah yang bakal menjadi kemuncak kepada festival ini pada 7 Disember ini,” ujarnya.

BERITA TRENDING: Aura Hebat Eman Manan, Filem Takluk: Lahad Datu Beri Impak Kepada Penonton - “Ada Masa Kau Akan Rasa Macam Dekat Situ Sekali”

BERITA TRENDING: Baim Wong Kongsi Pengalaman Bekerja Bersama Anna Jobling - “Dia Memang Bagus, Cuma Dia..”

BERITA TRENDING: Baru Tengok Trailer Dah Pecah Perut, Netizen Rindu Gabungan JoZan - “Confirm Riuh Satu Panggung”

BERITA TRENDING: Lebih 30 Cedera Roda Ferris Terbakar Di Festival Muzik!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sheriff, Polis Evo 3, Malbatt: Misi Bakara & Mechamato The Movie Tercalon Di FFM33, Zul Ariffin & Shahiezy Sam Bersaing Dalam Kategori Sama

gempak
22/11/2024
16:51 MYT
Filem pecah panggung terbitan Astro Shaw iaitu Sherrif, Polis Evo 3, Malbatt: Misi Bakara dan Mechamato The Movie antara yang tercalon di Festival Filem Malaysia ke- 33.
Hiburan

Kejayaan Di Indonesia, Pengerusi Finas Puji Anna Jobling

gempak
10/10/2024
21:27 MYT
Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Kamil Othman menyifatkan pencapaian Anna Jobling sebagai pelakon utama dalam filem Indonesia, Lembayung dan Laut Tengah sebagai satu kebanggaan besar bukan sahaja untuk dirinya tetapi buat industri filem Malaysia.
Hiburan

Eizlan Yusof Sedia Bimbing Influencer Sebelum Ceburi Industri Hiburan

gempak
18/05/2024
13:39 MYT
Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof bersedia untuk memberikan bimbingan supaya pempengaruh media sosial yang mahu menceburkan diri dalam industri hiburan.
Hiburan

Urusan Permohonan Rumah PPR Berjalan Lancar, Zaiton Sameon: "Kemungkinan Dapat Menginap Di Situ Tidak Lama Lagi"

gempak
08/04/2024
02:55 MYT
Alhamdulillah...
Laman Utama

Isu Letak Kalimah Allah, FINAS Arah Tarik Balik & Tukar Poster Filem Sijjin

gempak
27/12/2023
05:25 MYT
FINAS arah talik balik poster.
Unitar