,
Laman Utama

ANTARAMASA Tampilkan Kisah Seorang Pemuda Mengubah Garis Masa Demi Cinta

Asraf Aided
30/06/2021
07:50 MYT
Genre filem sains fiksyen yang berkonsepkan ‘time travel’ atau pengembaraan masa sudah kerap dihasilkan terutama sekali filem-filem Hollywood.
Malah, dunia perfileman tempatan juga pernah muncul dengan sebuah filem pengembaraan masa iaitu XX-Ray 2 yang mendapat sambutan penonton.
Terbaru, sebuah filem yang menggunakan konsep sama berjudul ANTARAMASA bakal menemui penonton di Astro First esok.
Filem ini merupakan terbitan Umair Mohamed dan Amir Rashid Othman di bawah syarikat Lux Ambiance Media Production.
Penerbitnya, Umair Mohamed berkata, idea untuk menghasilkan filem berkenaan timbul berikutan minatnya yang cukup mendalam kepada genre sains fiksyen.
“Saya dan pengarah filem ini memang sejak dahulu amat meminati filem-filem sains fiksyen seperti Oblivion, The Butterfly Effect, XX-Ray dan lain-lain.
“Jadi, semasa kami sedang mengeluarkan idea untuk memilih jenis filem yang kami ingin buat, ANTARAMASA menjadi pilihan pertama. Ketika itu judul asalnya adalah Paradox,” jelasnya.
Umair berkata, konsep penggembaraan masa ini begitu diminati disebabkan sistem garis masa di dunia dan sistem garis masa di ruang angkasa amat berbeza.
“Banyak sub-concept yang telah difikirkan seperti jika watak pertama kembali ke masa sebelum, adakah hanya pemikirannya ataupun secara fizikalnya?” ujarnya.
Diarahkan oleh Ramdan Che Hassan, ANTARAMASA menampilkan barisan pelakon seperti Josiah Hogan, Kaka Azraff, Adam Shahz, Riezman Khuzaimi, Indi Nadarajah, Tania Hudson serta penampilan istimewa iaitu Aziz M. Osman dan Aleeza Kasim.
Menceritakan lebih lanjut mengenai ANTARAMASA, Umair memberitahu ia lebih menjurus kepada kisah sains fiksyen dengan menerapkan elemen cinta menerusi jalan ceritanya.
“Bagi saya, elemen cinta sememangnya menjadi satu tarikan utama untuk penonton sekiranya ia digarap dengan begitu baik.
“Lagipun jalan cerita filem ini mudah untuk difahami, iaitu mengenai pemuda bernama Asri yang menggunakan mesin masa yang dicipta dan kembali ke masa lalu supaya dapat memulihkan hubungan dengan kekasihnya,” ujarnya.
Difahamkan, sebagai sebuah filem sains fiksyen, sebanyak 45 peratus babak dalam ANTARAMASA menggunakan teknik imej janaan komputer (CGI) serta menggunakan bajet yang besar dari segi penataan seni kerana melibatkan pembinaan set.
Penggambaran filem ini pula mengambil masa selama 24 hari di beberapa buah lokasi sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Nilai pada tahun 2014.
Sementara itu, mengenai penampilan istimewa Aziz M Osman dan Aleeza Kasim pula, Ramdan memberitahu ANTARAMASA tidak berkaitan dengan filem XX-Ray 2.
“Sebenarnya kami cuba membina filem ini dalam semesta yang sama dengan filem XX-Ray 2. Setelah mendapat persetujuan dari Aziz M Osman, kami menjejaki pelakon Aleeza Kassim yang ketika itu masih menetap di Belanda.
“Setelah dapat menghubunginya, dia berminat dan bersetuju untuk terlibat dan dia sanggup pulang ke Malaysia semata-mata untuk berlakon dalam filem ini,” ujarnya.
Filem ANTARAMASA akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 1 Julai 2021 dan untuk melanggan sila ke saluran 480 atau boleh juga boleh distrim di Astro Go atau On Demand.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Peraduan

Sewa DESPICABLE ME 4-MOVIE COLLECTION di Astro First dan Berpeluang Untuk Memenangi Hadiah Lego Minion!

gempak
18/09/2024
15:34 MYT
Menang Lego Minion dari DESPICABLE ME 4 sekarang!
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.