BERITA
Anok Kelate Hati-Hati Memandu Balik Beraya, Ini Lokasi Kerap Kemalangan Di Kuala Krai
Polis mengenal pasti 11 lokasi 'hotspot' yang sering berlaku kemalangan di Kuala Krai, termasuk di persimpangan lampu isyarat semasa musim perayaan Aidilfitri.
Lokasi kemalangan
Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Mazlan Mamat berkata lokasi berkenaan melibatkan tujuh Jalan Persekutuan manakala empat lagi di kawasan persimpangan lampu isyarat.Lokasi tersebut adalah:
1.Kilometer (KM) 55-56 Jalan Kota Bharu-Gua Musang (Telekong)
2.KM 56-58 Jalan Kota Bharu-Gua Musang (Keroh)
3.KM 62 Simpang Kilang Staponal
4.KM 75-77 Jalan Kota Bharu-Gua Musang (Pahi)
Empat kawasan yang sering berlaku kemalangan di persimpangan lampu isyarat
1. Guchil Lama
2.Batu Balai
3.Simpang Sungai Durian-Chenulang
4.Selekoh Pak Sin Keroh
Mengulas lanjut, Mazlan berkata walaupun aliran trafik di Kuala Krai sering berlaku kesesakan kerana anak perantau pulang beraya, mengikut data yang diperoleh pada tahun lepas hanya satu kematian direkodkan akibat kemalangan ketika musim perayaan Aidilfitri.
“Sekiranya rasa mengantuk atau letih ketika memandu, berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju," katanya."Saya ingin nasihatkan kepada pengguna jalan raya supaya sentiasa memandu secara berhemah dan patuhi peraturan jalan raya.
Sumber: Awani menerusi Bernama
Must-Watch Video