,
Laman Utama

Anjur Konsert Terakhir, Noraniza Idris Mahu Jemput Siti Nurhaliza Sebagai Tetamu VIP

Azwa Rahman
15/05/2022
03:54 MYT
Penyanyi yang mendapat jolokan Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris meluahkan hasrat untuk menjemput penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai tetamu pada konsert Malai Solo yang akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, Oktober ini.
Menurut Noraniza yang lebih mesra disapa Kak Ani, ini merupakan konsert terakhir yang dianjurkan oleh dirinya sendiri.
“Saya ada hasrat kalau masa konsert saya nanti, saya nak jemput dia datang sebagai tetamu VIP. Sebab ini konsert terakhir saya anjurkan untuk diri sendiri.
“Kalau boleh, hasrat tu memang nak dia datang sebagai tetamu VIP,” ujar Kak Ani ketika ditemubual.
Kak Ani ditemui pada majlis rumah terbuka rewang dan showcase Che Ani (Noraniza Idris) yang berlangsung di Maju Link pada Sabtu.
Tambah Kak Ani lagi, konsert yang menelan belanja hampir RM2.5 juta ini akan berlangsung selama tiga hari melibatkan festival seni yang turut diadakan di lokasi yang sama, Istana Budaya.
Dalam pada itu, Kak Ani meluahkan rasa sebak apabila melihat Siti menangis sewaktu menunaikan umrah baru-baru ini sehingga membuatkan dia meninggalkan kata-kata semangat buat Siti.
Jelas Kak Ani, bukan sahaja melibatkan insiden Siti menangis di Makkah, bahkan dia sentiasa mendoakan kejayaan pelantun lagu Purnama Merindu itu sehingga ke hari ini.
“Saya sebenarnya nak komen pada ruangan TikTok dia tapi tak boleh sebab dah penuh dengan komen peminat. Tapi saya cari jalan jugak macam mana saya nak komen tu.
“Tengok video Siti menangis tu, sedih sangat, sayu sebab saya pernah melalui situasi yang sama, merasai pengalaman berada di sana. Nak-nak dia sebagai penyanyi nombor satu di Malaysia, so dia tiada privacy.
“Dekat sana je dia jadi diri dia. Jadi saya faham dan sebak, tu yang saya nak sampaikan sesuatu pada dia, saya mendoakan dia sampai sekarang. Dia dapat capai apa yang dia inginkan, alhamdulillah dia dah berjaya,” ujar Kak Ani lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Khairul Aming Pimpin Ikrar Rukun Negara, Hael Husaini, Pinn Yang & Noraniza Idris Meriahkan Keretapi Sarong 2024

gempak
14/09/2024
07:55 MYT
Pempengaruh yang popular dengan kandungan masakan itu juga mengingatkan kepada semua peserta yang datang supaya berbangga menjadi anak Malaysia kerana tiada negara lain yang mempunyai keunikan seperti ini.
Hiburan

“Saya Buat Live TikTok Hari-Hari, Ramai Yang Maki Hamun” - Noraniza Idris

gempak
05/09/2024
07:55 MYT
Penyanyi Noraniza Idris mendedahkan jualan tiket konsert Qalam Noraniza Idris terjejas gara-gara kontroversi penarikan diri bekas pengarah persembahan dan penulis skrip konsert tersebut.
Hiburan

Noraniza Idris Tak Fikir Soal Gelaran Datuk, Anggap Ia Rezeki Jika Dapat – “Ada Orang Murah Rezeki Dia”

gempak
03/09/2024
21:55 MYT
Penyanyi Noraniza Idris menyifatkan penganugerahan gelaran Datuk kepada selebriti adalah rezeki yang ditentukan Allah.
Hiburan

Tampil Line Up ‘Mega’, Hausboom Music Festival 2024 Bakal Gegarkan KL Base 5 & 6 Oktober Ini!

gempak
17/08/2024
18:55 MYT
Festival gig terbesar yang paling dinantikan, Hausboom Music Festival 2024 bakal kembali dan direncanakan bakal berlangsung pada tanggal 5 & 6 Oktober ini di KL Base.
Hiburan

Konsert Cinta Di Awan Bawa Penonton Larut Dalam Alunan Indah Siti Nurhaliza, Penutup Konsert Solo 2024

gempak
12/08/2024
15:25 MYT
Lebih bermakna, konsert Siti Nurhaliza Cinta Di Awan turut memaparkan pencapaian gemilang karier seni Siti ketika mengungguli Anugerah Bintang Popular (ABP) sekaligus mengimbau nostalgia membelah terowong masa.