,
Hiburan

Angkut Karavan Ke Lokasi Penggambaran, Juliana Evans Pilih Untuk Ada Ruang Rehat Sendiri - "Saya Tenang Untuk Menghafal Skrip"

Ernalisa
03/11/2024
04:55 MYT
Pelakon, Che Puan Juliana Evans kini mempunyai ruang rehatnya sendiri ketika berada di set penggambaran.
Menurut Juliana atau lebih mesra disapa sebagai Ju, inisiatif membawa karavan ke set penggambaran adalah untuk memastikan dirinya dapat berehat dengan lebih selesa.

BERITA BERKAITAN: Juliana Evans Bersalin Anak Kedua, Peminat Puji Tak Perlu Eksklusiviti - "Can Feel Your Humbleness"

BERITA BERKAITAN: "Badan Macam Kena Langgar Bas..."- Trauma Epidural Tak Menjadi, Juliana Evans Terpaksa Persiapkan Mental Untuk Kelahiran Anak Kedua!

BERITA BERKAITAN: Juliana Evans, Tasha Shilla Raikan Kenangan Berharga Dan Keindahan Raya Bersama Insan Tersayang

BERITA BERKAITAN: Padam Semua Gambar & Video Tidak Menutup Aurat, Juliana Farhana Beri Bayangan Kini Berhijab Sepenuhnya

“Saya dah 35 tahun, dalam usia begini kita perlu tahu daya dan apa yang badan kita mahukan.

“Saya tak minta kru layan saya dengan baik sebab mereka memang sudah layan saya dengan sangat baik.

“Cuma karavan ini inisiatif saya sendiri, sekurang-kurangnya saya ada tempat rehat dan yang lebih penting saya tenang untuk menghafal skrip sebelum masuk set atau semasa waktu rehat, itu sahaja,” katanya kepada Gempak.

Pada masa sama, pelakon filem Mael Lambong itu juga menyatakan bahawa mempunyai ruang rehat sendiri penting bagi dirinya menjaga kesihatan mental.
“Saya sebelum ini pernah mengalami panic attack dan trauma. Jadi karavan begini adalah baik untuk saya selain sesuai dengan usia saya sekarang.
“Kesihatan mental kita sangat penting bagi saya pada waktu ini,”jelasnya.
Juliana ditemui media di set pengambaran Bisikan Dosa di Kuang Selangor baru-baru ini.
Dalam perkembangan lain,pemilik nama Juliana Sophie Johari Evans, 35, juga berkongsi tiada halangan untuk anak-anaknya meminati bidang seni.
Sebagai seorang ibu, dia akan memberi sokongan terhadap minat anak-anaknya itu.
“Saya akan push dan tidak mungkin menghalang sebab saya lihat anak sulung memang macam saya.
“Dia suka perform, kalau ada persembahan di sekolah saya lihat dia begitu ke depan dan tak malu untuk melakukan persembahan,” ujarnya.
Untuk rekod, Juliana mendirikan rumah tangga dengan Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah al-Hajj pada 30 April 2017.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah, 5, dan Tengku Ihsan yang kini berusia setahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Sami Malaysia Curi Barangan Berharga Di Kuil, Ditahan Di Tnhailand

gempak
23/11/2024
03:55 MYT
Seorang sami rakyat Malaysia ditahan di Chiang Rai, sebuah wilayah di utara Thailand, pada Khamis kerana disyaki mencuri barangan berharga daripada sebuah kuil Buddha, Wat Chet Yot di Wilayah Chiang Mai, menurut polis Thailand.
Hiburan

Kumpulan Lawak Popular Bocey & Dol's Podcast Bergabung Dalam Satu Pentas Di Kota Singa

gempak
18/11/2024
18:55 MYT
Buat julung kalinya, kumpulan lawak popular, Bocey muncul dalam sebuah persembahan pentas muzikal secara langsung bersama teman seperjuangan, Dol’s Podcast dan bakal melakar sejarah sendiri apabila mereka bakal mengadakan persembahan selama satu jam empat puluh lima minit.
Viral

Che Nom Kongsi Masak Pisang Goreng Bijan, Kapsyen ‘Rupa Tak Seindah Tudung Satin Corak KLCC’ Curi Perhatian Netizen

gempak
05/11/2024
08:25 MYT
Youtuber masakan terkenal, Che Nom mencuri tumpuan apabila berkongsi resepi masakannya baru-baru ini.
Hiburan

Dituduh ‘Kaki Pukul’, Uqasha Senrose Nekad Selesaikan Isu Fitnah Di Mahkamah - "Saya Tetap Dan Tidak Akan..."

gempak
03/11/2024
09:55 MYT
Pelakon, Uqasha Sensrose menyatakan dia tekad untuk meneruskan kes fitnah yang dilakukan oleh bekas pembantu peribadinya ke mahkamah.
Hiburan

Puji Anna Jobling & Hisyam Hamid Pandai Bergaya, Che Ta Kata Nak Berfesyen Ikut Kesesuaian - “Badan Tak Cantik, Tapi Pakai Ketat-Ketat”

gempak
28/10/2024
13:55 MYT
Pelakon Rozita Che Wan atau mesra disapa sebagai Che Ta memuji cara aktres Anna Jobling membawa dirinya dalam berfesyen.
Unitar