,
Laman Utama

Anggap Macam Keluarga, Titi DJ Jadi MUA Peribadi Pekerja Yang 36 Tahun Berkhidmat Dengannya

Maliah Surip
27/09/2021
13:20 MYT
Titi DJ dikenali sebagai seorang pesohor dalam bidang seni di Indonesia. Namun ternyata, gelaran tersebut hanya mahu digunapakai penyanyi tersebut sewaktu berkarya di atas pentas.
Di sebalik popularitinya, Titi DJ mempunyai sikap yang sangat sederhana dan tidak mudah lupa diri.
Salah satu sikap baik dan sederhana yang dimiliki Titi DJ terserlah apabila baru baru ini beliau sanggup merias wajah pembantu yang telah berkhidmat dengannya selama 36 tahun.
Beliau malah sanggup bangun seawal pukul 4 pagi demi merias wajah pembantu yang dipanggil Mersyong.
Lebih mengharukan, daripada penjelasannya yang dibuat di akaun Instagram pada hujung minggu lalu, 'pengorbanan' tersebut dilakukan kerana pembantu yang telah bekerja dengannya sejak muda sehingga berkahwin ini akan menerima menantu.
“Ini adalah Mersyong. Saya semalam jadi MUA-nya dia. Sayang fotonya agak blur. Dan yang berikut ini adalah cerita saya pada hari sebelumnya,” tulis Titi DJ di Instagramnya.
Pelantu lagu Bahasa Kalbu itu kemudian melanjutkan: "Tadi saya bangun pukul 4 pagi untuk merias pembantu yang telah bekerja dengan saya selama 36 tahun.
"Namanya Marsini, panggilan sayangnya: Mersyong. Mersyong jadi pekerja saya sejak dia remaja sampai sudah punya suami.
“Nah kenapa saya sendiri yang mendandani Mersyong? Karena ini saya anggap sebagai salah satu bentuk terima kasih atas kesetiaan dia selama ini."
Cerita Titi DJ, Mersyong dan suaminya, Slamet kini punya tiga anak. Kali pertama mendengar khabar Mersyong akan menikahkan puterinya, Titi DJ gembira dan terus berjanji akan menjadi penata rias Mersyong pada hari bahagia puterinya.
Tak hanya itu, artis berusia 55 tahun ini juga menyewa MUA terkenal, Yazid. Yazid adalah juru solek yang digunakan para artis papan atas Indonesia termasuk Ruth Sahanaya dan Denada.
Bagi Titi DJ juga, Mersyong dan Slamet bukan pembantu atau pekerja. Pasangan ini dan ketiga anak mereka dianggap sebagai keluarga. Kebahagiaan Mersyong adalah kebahagiaan dirinya.
"Dia dan Slamet sudah seperti keluarga saya sendiri, begitu juga anak anaknya. Yuli seumur dengan Daffa (anak Titi DJ). Jadi dulu Mersyong dan saya hamil serentak. Lucu yaaa!," jelas ibu empat anak ini lagi.
Terakhirnya, Titi DJ mengatakan Yuli adalah rakan sepermainan anaknya sewaktu mereka masih kecil. Lantaran itu dapat merias Mersyong kata Titi DJ sangat bermakna buat dirinya.
Instagram: @ti2dj
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.