,
Hiburan

Anggap Impian Pelakon Nak Menang Oscar Tidak Perlu Diperlekehkan, Naim Daniel; “Saya Sendiri Mahu Melihat Pelakon Dari Negara Kita…”

Ainun
09/10/2024
04:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Naim Daniel memberikan pendapatnya mengenai impian seorang aktor yang mahu memenangi anugerah Oscar dipandang remeh.
Jelas Naim, impian seseorang tidak sepatutnya diperlekehkan kerana tiada apa yang mustahil.
Malah, selebriti berusia 27 tahun ini juga menyatakan hasratnya untuk melihat pelakon Malaysia memenangi anugerah berprestij tersebut.
“Bercakap tentang anak muda yang mengimpikan anugerah Oscar membuatkan saya rasa teruja, kerana kita seharusnya mempunyai impian yang besar.

“Saya rasa tidak wajar memperkecilkan impian orang lain, walaupun nampak mustahil, kerana kita tidak tahu jika perkara itu boleh menjadi kenyataan.

“Bagi saya, saya sendiri pun mahu melihat pelakon dari negara kita memenangi anugerah berprestij itu. Cuba bayangkan jika pelakon seperti Eman Manan memenangi anugerah Oscar, pasti kita akan rasa bangga.
“Saya rasa perkara seperti itu tidak mustahil, dan walaupun ada yang berpendapat mimpi hanyalah percuma, bagi saya, mimpi itulah yang boleh menjadi impian kita,” katanya kepada Gempak.
Naim Daniel berkata demikian ketika ditemui di sidang media BFF MUAH! yang diadakan di Flint Cafe & Roastery, Mutiara Damansara, Kuala Lumpur pada Isnin.

Harumkan nama negara

Bagaimanapun, pelakon yang terkenal dengan watak Ayam dalam Projek High Council berkata tiada salah untuk mempunyai impian besar malah pelakon wanita Malaysia juga mengharumkan nama negara di peringkat Asia sekitar tahun 2014.

BERITA TRENDING: Fazura Tidak Setuju Lagu Duet Dengan Fattah, Bertahan Demi Cinta Dipasarkan

BERITA TRENDING: Lisa Marie Presley Simpan, ‘Jaga’ Mayat Anak Dua Bulan Di Rumah Sebelum Dikebumi

Oleh itu, dia berharap agar semua netizen memberikan sokongan kepada pelakon tersebut untuk terus mengejar impiannya memenangi anugerah berprestij itu.
“Saya tidak kisah jika pelakon baru mempunyai impian yang besar seperti itu. Lihat saja Puteri Balqis, yang memenangi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Televisyen Asia ke-19 pada tahun 2014. Tiada siapa yang menjangka perkara itu.

“Apa-apa pun, sebagai anak muda dalam industri ini, saya berharap bukan sahaja netizen terus menyokong impian pelakon baru, tetapi pelakon senior juga perlu memberikan sokongan yang sama, terutamanya jika impian mereka adalah untuk negara sendiri.

“Saya sendiri berasakan pasaran industri di Malaysia agak kecil, tetapi jika kita dapat menembusi pasaran luar, alhamdulillah. Contohnya, filem Abang Adik Tercalon dalam kategori di Oscar, dan itu sahaja sudah membuatkan kita bangga. Ia seperti memenangi anugerah Olimpik, tetapi dalam versi industri seni Malaysia,” jelasnya.

Hasil kerja

Pada masa yang sama, Naim juga menekankan kepentingan kualiti dalam hasil lakonan seseorang.
Ini kerana netizen hanya menilai berdasarkan hasil lakonan, dan seseorang perlu tahu bagaimana mengukur kebolehan diri untuk kekal relevan dalam industri.

BERITA TRENDING: Kanak-Kanak Lelaki Hilang Jari Selepas Terima Rawatan Jangkitan Kuku Di Spa Kaki

BERITA TRENDING: Koleksi Beg Tangan Mewah Fazura Buat Netizen Kagum - “Memang Kaya Sungguh…”

“Sama ada impian itu legit atau tidak bergantung kepada hasil kerja anda. Untuk dikenali ramai, anda perlu tahu apa yang perlu dilakukan.

“Datuk Seri Siti Nurhaliza, yang telah memenangi banyak anugerah, pun tahu nilai dirinya. Seperti yang saya katakan, kita tidak patut memperkecilkan impian orang lain. Tidak kira anugerah apa yang dimenangi, yang penting orang tahu siapa anda. Orang akan menilai hasil kerja anda, dan pada waktu itu anda boleh bermimpi lebih besar.

“Saya sentiasa berdoa agar, jika suatu hari nanti saya menjadi otai dalam industri ini, saya tidak akan memperkecilkan impian orang lain. Tidak kisahlah sama ada orang itu pendatang baru dalam industri, kita harus meraikan mereka,” jelasnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Hael Husaini & Nadeera Bakal Terbang Ke Indonesia Harumkan Nama Negara

gempak
22/11/2024
13:53 MYT
Dua bintang popular di bawah naungan label terkemuka, Rocketfuel Entertainment, Hael Husaini dan Nadeera akan terbang ke Jakarta, Indonesia bagi menjayakan acara penuh gemilang 29th Asian Television Award (ATA29).
Unitar