,
Berita

Anggap Dakwaan Kahwin Di Thailand Kelakar, Bienda Dedah Lokasi Sebenar Majlis Pernikahan

Elrafaei Sapi
16/04/2018
14:48 MYT
Selepas 8 tahun, Bienda akhirnya mendedahkan punca dia berkahwin dalam diam sehingga kini mempunyai dua cahaya mata.
Penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Penantian ini memberitahu dia bersama suami berusaha kumpul duit sendiri untuk bernikah pada tahun 2009 sebelum mengadakan resepsi setahun selepas itu.
"Masa itu apabila orang tanya kenapa nikah gantung, takkan saya nak cakap tiada duit. Walaupun saya anak perempuan tapi saya tidak mahu menyusahkan mak, ayah atau suami," katanya kepada Astro Gempak.
Jelasnya, pada masa itu dia tidak menafikan mahupun menidakkan berita dia sudah berkahwin.
"Tujuan saya dengan suami tak nak susahkan keluarga. Jadi, kami sama-sama 'struggle' masa nikah awal-awal.
"Saya berniaga di Down Town Cheras jual tudung kemudian kami simpan duit pada setiap tahun untuk akad nikah pada tahun pertama dan tahun kedua untuk majlis persandingan," katanya.
Sebagai persediaan masa depan, penyanyi berusia 33 tahun ini mengambil keputusan membeli rumah selepas berkahwin.
"Ada cerita kelakar saya berkahwin di Thailand tapi sebenarnya di Gombak dekat rumah mak. Untuk kehidupan Bienda, suami adalah orang yang sangat penting yang banyak menyokong saya.
"Pada semua yang ada perancangan nak berkahwin tak payah membazir, dahulukan yang wajib, simpan duit beli rumah," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Astro Gempak
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bienda Syukur Hajat Arwah Adik Nak Tunai Umrah Tercapai - “Sampai Menangis Masa Tahu Nak Cancel…”

gempak
01/04/2024
08:55 MYT
Semoga arwah ditempatkan bersama orang beriman.
Hiburan

Sheeda Masih Tak Stabil Selepas Pemergiaan Anak Ketiga - “Mama Rasa Sunyi Sangat Tanpa Alin Tapi…”

gempak
01/04/2024
06:55 MYT
Al-fatihah untuk arwah anak Sheeda.
Laman Utama

Zizan Razak Akui Sukar Nak Menangis Dalam Damak Si Kuba - "Nak Sedih Kena Ingat ..."

gempak
10/09/2022
09:32 MYT
Jarang tengok Zizan berlakon naskhah serius.
Berita

“Saya Nak Kawan Dengan Dia Sebab Cantik...” - Shahida Akui Kenal Bienda Sejak 22 Tahun Lalu

gempak
13/02/2020
05:38 MYT
Berita

“Jadi Selebriti Ni Bukan Mudah Macam Yang Kita Nampak...”- Suami Jadi Pendengar Setia, Bienda Sambut Anniversary Ke-10

gempak
11/10/2019
10:30 MYT