,
Laman Utama

“Andre Accident, Orang Langgar…”- Anak Kemalangan, Ini Pesanan Amyza Aznan Kepada Pemandu

Syafiqah Jalal
31/05/2021
04:19 MYT
Pelakon Amyza Aznan memaklumkan anaknya Andre Mikhail telah terlibat dalam kemalangan dan mengalami cedera di kaki dan tangan pagi tadi.
Menurut Amyza kemalangan itu berlaku selepas mereka pulang dari studio rakaman bersama adiknya, Adrian Adam yang popular dengan lagu Salam Sayang.
“Andre Mikhail accident, orang langgar. Hati ibu itu selalu Allah usik anak. Doa ibu.
“Pada yang tanya, Andre baru balik dari recording tadi…Lepas balik dari studio, dia dilanggar,” katanya.
Difahamkan Andre menunggang motorsikal ketika pulang ke rumah.
Tidak mengulas lanjut mengenai kemalangan tersebut, sebaliknya Amyza hanya meninggalkan pesanan buat semua pemandu jalan raya.
“Pesanan buat semua, nak masuk simpang tolong la bagi signal. Saya tak marah. Saya dalam keadaan tenang,” pesannya.
Pun begitu Amyza reda dengan dugaan yang menimpa anak dan keluarganya.
“Saya bersyukur kerana ini ujian baru buat saya dan anak-anak, bagi saya ianya peringatan dari Allah kerana Allah tau saya sangat sayangkan anak-anak.
“Setiap ujian Allah ada kenikmatannya walaupon ia pahit. Hanya reda dan jangan menuding jari dan selesaikan dengan baik. Insya-Allah,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran & Anak Perempuan Raih Pujian Netizen

gempak
24/11/2024
03:50 MYT
Sepotong video memaparkan pelakon, Vanida Imran bersama anak perempuan, Maryam Rashika berjaya meraih perhatian netizen.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Unitar