,
Viral

“Andai Kata Isteri Tiada, Saya Mungkin Tak Akan Kahwin Lagi…” - Aliff Syukri Sebak Terkenang Situasi Hampir Bercerai

Mya Amri
29/10/2024
07:25 MYT
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menyatakan rasa simpati dan bersedih dengan berita perceraian membabitkan beberapa pasangan selebriti popular tanah air.

Yakin keputusan

Aliff, 37, berkata dia percaya tiada pasangan berkahwin mahu bercerai selain yakin keputusan yang dilakukan mereka adalah jalan terbaik setelah memikirkan masak-masak.
“Bila saya tengok orang bercerai saya faham apa yang mereka rasa. Bukan senang menghadapi perceraian dan saya selalu mendoakan mereka.

“Saya tak boleh tengok orang bercerai, saya rasa sedih kerana saya yakin tiada seorang pun yang berkahwin mahu bercerai melainkan ia adalah jalan terakhir.

“Saya sendiri pun bila bergaduh dengan isteri, ramai yang tanya apa tips bertahan. Saya kawan satu sahaja, mak ayah saya bercerai. Jadi bila berkahwin saya tak asa pasang niat atau sebut perkataan bercerai,”katanya.
Aliff berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Hi Tea Anthon’s Leather di One World Hotel, Petaling Jaya, pada Selasa.

Berbaik dengan suami

Dalam pada itu, Aliff juga turut menasihatkan semua golongan wanita berstatus isteri supaya mencuba untuk berbaik dengan suami masing-masing demi keharmonian rumah tangga.
“Saya nak nasihatkan para isteri semua, berbaiklah dengan suami anda. Rujuklah dengan mereka sebab saya dan isteri sendiri pernah hampir bercerai.

“Tapi saya nak ucaplan terima kasih pada isteri kerana selama 18 fahun berkahwin, Alhamdulillah walau berdepan dugaan dia sabar.

“Tetapi andai katalah isteri saya tiada, saya mungkin tak akan berkahwin lagi,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jual Durian RM8 Sekilo, Netizen Puji Sikap Pemurah Aliff Syukri! - "Perangai Walau Kadang Mak Sendiri Tak Boleh Faham, Tapi Dia Bersedekah"

ARTIKEL BERKAITAN: Bagasi Tak Lepas Kaunter Check-In, Aliff Syukri Rugi Ribuan Ringgit Disebabkan Urusan Bisnes Luar Negara Tergendala

Terdahulu, Aliff mendirikan rumah tangga dengan Datin Nur Shahida Mohd Rashid pada 2007.
Pasangan itu dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah, Luqman Al Hakim selain turut menjaga seorang anak angkat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Zera Hariz Sah Bergelar Isteri Kepada Iqwan Alif Selepas 7 Tahun Bercinta, Terima Wang Hantaran RM11,111.00

gempak
11/11/2024
08:20 MYT
Pelakon dan penyanyi Zera Hariz sah bergelar isteri kepada pilihan hatinnya yang juga penyanyi, Iqwan Alif pada 1 November lalu.
Hiburan

One In A Million! Netizen Gembira Ina Naim Kembali Jadi Isteri, Puji Suami Baharu Seorang ‘Gentleman’ – “Sekali Lagi Allah Temukan Dia Dengan…”

gempak
10/11/2024
23:50 MYT
Umum mengetahui balu kepada penyanyi nasyid Allahyarham Suhaimi Saad iaitu, Ina Naim selamat bergelar isteri kepada Mohd Khairul Rizal Shukor, pada Jumaat lalu.
Hiburan

Dah Setahun Pemergian Suami, Hati Noniswara Belum Bersedia Untuk Bergelar Isteri Semula - "Ramai Saja Yang Melamar Saya Sebenarnya"

gempak
10/11/2024
11:55 MYT
Pelakon Datin Seri Noniswara mendedahkan dia banyak menerima lamaran daripada lelaki yang mahu menjadikannya isteri.
Hiburan

Bersuara Unik & Universal, Aliff Syukri Ajak Fazura Duet - “Mungkin Lagu Raya…”

gempak
08/11/2024
06:55 MYT
Usahawan dan selebriti media sosial iaitu Datuk Seri Aliff Syukri mempelawa pelakon dan penyanyi Fazura untuk berduet.
Hiburan

Jalani Hidup Bersama Anak-Anak Lepas Sah Cerai, Idzham Ismail Fokus Urusan Di Rumah - “Anak Pun Dah Faham, Kita Jalan Depan Yuk Kids”

gempak
07/11/2024
06:50 MYT
Umum mengetahui pelakon Idzham Ismail sah bercerai dengan bekas isteri, Siti Nur Abilah, selepas Mahkamah Syariah Klang mengesahkan lafaz cerai pada Isnin lalu.
Unitar