gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Isteri Orang Ditangkap Khalwat Bersama Lelaki Bujang Di Rumah Sewa - "Lelaki Itu Beri Alasan Tumpang Tidur Kerana ..."
HIBURAN
Hawa Rizwana Pelik Tiada Lelaki Mahu Dekatinya - “Saya Tak Garang Pun…”
HIBURAN
Sokong Impian Anak Perempuan Nak Jadi ‘Baker’, Aeril Zafrel & Wawa Hadiahkan ‘Chiller’ - “Dia Memang Minat…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
BERITA

"Anda Patut Berhenti Serang BF Saya" - Atikah Suhaime Beri Amaran, Netizen 'Bertekak' Dengan Teman Lelaki Isu Hadiah Bunga

gempak
ZULHILMI JALIL
24/06/2020
05:21 MYT
Sponsor Banner
"Anda Patut Berhenti Serang BF Saya" - Atikah Suhaime Beri Amaran, Netizen 'Bertekak' Dengan Teman Lelaki Isu Hadiah Bunga
Wanita mana yang tidak gembira apabila menerima hadiah sejambak bunga daripada kekasih hati.
Begitu juga dengan pelakon Atikah Suhaime yang berkongsi momen tersebut menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Bagaimanapun, perkongsian tersebut kemudian menjadi 'panas' apabila terdapat individu yang tampil mengkritik tindakannya yang seolah-olah tidak senang dengan Atikah yang dilabel seperti menunjuk-nunjuk.
"Ini pun nak menunjuk ke? Hmmm, jangan nanti batal kahwin lagu sudahlah," tulis individu tersebut.
Namun, apa yang mencuri tumpuan, teman lelakinya, usahawan Datuk Lokman Teh kemudian dilihat cuba mempertahankan Atikah apabila menempelak individu berkenaan.
"Kesian lah awak. Kenapa ni sedih ke? Nak bunga jugak? Saya boleh hantar esok nak tak. Taman saya besar banyak bunga," tulis Lokman.
Keadaan semakin tegang apabila mereka saling berbalas komen antara satu sama lain dengan menyindir sesama.
Bahkan individu tersebut turut memperlekehkan nilai harga bunga RM15 sebagai hadiah yang ingin dibanggakan di media sosial.
Atikah kemudian meminta individu berkenaan daripada berhenti 'menyerang' teman lelakinya.
"Saya tak faham apa masalah anda, tapi saya gembira dengan apapun yang Lokman berikan. Mungkin RM15 pada anda, tapi ia tak ternilai pada saya.
"Saya rasa anda patut berhenti menyerang teman lelaki saya. Tolong hormat Instagram saya seperti mana saya hormat anda sebagai pengikut saya. Terima kasih," tulis Atikah.
Menurut Atikah lagi, dia berkongsi foto penerimaan hadiah sejambak bunga ros itu hanyalah sebagai tanda syukur dikurniakan seorang kekasih yang benar-benar menyayanginya.
"Saya berkongsi di Instagram sebagai tanda penghargaan kasih sayang Lokman buat saya.
"Saya tak pernah bercinta dengan mana-mana lelaki sepertinya sebelum ini. Ternyata saya hanya mahu kongsikan kegembiraan dengan semua orang," jelasnya.,
Terdahulu, Atikah berkongsi berita gembira apabila menerima 30 kuntum bunga ros yang dikirim Lokman.
"Ya ampun sayang! Memang hari-hari ke saya dapat bunga ni? Terima kasih banyak-banyak baby @lokmanteh. Semoga sempadan negara cepat buka, boleh jumpa lagi. I love you so much @lokmanteh," tulis Atikah.
View this post on Instagram
Ya ampun sayangggggg!!! ? memang hari-hari ke I dapat bunga ni??? Thank you so much babyyyy @lokmanteh ???? Semoga cepat border buka, boleh jumpa lagi. ??? I love you so much @lokmanteh
A post shared by Atikah Suhaime ?????? (@therealatikahsuhaime) on Jun 23, 2020 at 1:57am PDT
Atikah kini masih berada di Singapura sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac.
Saksikan drama lakonan Atikah Suhaime di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
#Atikah Suhaime
#Bunga
#Lokman Teh
Must-Watch Video