,
Laman Utama

Anas Tahir Seronok Sertai Misi Ibadah Korban Di Nepal, Sembelih 30 Ekor Kerbau

Amri Hassan
26/07/2023
02:44 MYT
ZAYAN dan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), pertubuhan kemanusiaan bukan kerajaan, diwakili oleh Anas Tahir, personaliti ZAYAN Pagi, bersama sukarelawan dari MyCARE telah menyalurkan 30 ekor kerbau menerusi ‘Misi Qurban @ Nepal’ kepada penduduk kampung di dua daerah termasuk Rajbiraj dan Zandaur, pada Jun lalu.
Kata Anas, banyak pengalaman dan perkongsian baharu diperoleh sepanjang dalam misi di Nepal.
"ZAYAN dan MyCARE amat berbesar hati dapat merealisasikan Misi Qurban dengan menyalurkan sumbangan 30 ekor kerbau kepada masyarakat Islam di Nepal. Persiapan dan penyedian Qurban dilakukan sendiri oleh sukarelawan yang terlibat dengan bantuan daripada agensi setempat.
"Kami berterima kasih kepada dermawan-demawan yang terdiri daripada 200 rakyat Malaysia di atas sumbangan mereka untuk menjayakan misi ini.
"Banyak pengalaman dan perkongsian baharu yang diperoleh menerusi perjalanan kami di bumi Nepal, dan peminat dapat menyaksikannya menerusi sebuah dokumentari khas yang telah disediakan di YouTube ZAYAN," kata Anas.
‘Misi Quban @ Nepal’ dilengkapi dengan sembilan hari perjalanan bersama Anas dan sukarelawan dari Malaysia ke Nepal, dimulakan dengan proses pencarian haiwan untuk penyembelihan, diikuti pelaksanaan menyembelih dan seterusnya proses memasak daging sembelihan yang merangkumi pelbagai menu serta pengagihan daging korban kepada masyarakat setempat.
Misi yang dijalankan ini mendapat sokongan dan bantuan daripada 200 dermawan daripada Malaysia dan agensi-agensi setempat yang ingin meraikan sambutan Aidiladha bersama pendnduk di Nepal.
Selain berkongsi rezeki, ‘Misi Qurban @ Nepal’ berfungsi sebagai platform pertukaran budaya dan persefahaman. Interaksi antara sukarelawan dan masyarakat setempat dipupuk menerusi sikap hormat-menghormati sesama manusia.
Melalui pengalaman, cerita dan perbualan yang dikongsi oleh masyarakat di Nepal, jambatan pertalian telah terbina dan mengukuhkan hubungan persaudaraan.
Peminat ZAYAN boleh turut menyaksikan dokumentari perjalanan Anas bersama sukarelawan yang memberi gambaran sebenar kehidupan di Nepal, serta pengalaman menjayakan ‘Misi Qurban @ Nepal’, menerusi video berdurasi 20 minit, disediakan di platform YouTube ZAYAN.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
Hiburan

“Bila Dengar Luahan Masalah Orang, Buat Saya Rasa Lebih Bersyukur” - Mawi

gempak
27/08/2024
15:46 MYT
Penyanyi dan penyampai ZAYAN, Mawi akui segmen ‘Bukan Nama Sebenar’ di platfom radio berkenaan banyak mengajarnya erti bersyukur.
Berita

“Perlawanan Badminton Israel Lawan Nepal disiarkan Secara Tidak Sengaja”- RTM

gempak
02/08/2024
01:50 MYT
Perlawanan badminton perseorangan lelaki peringkat kumpulan antara atlet Israel dan Nepal disiarkan secara tidak sengaja dalam tempoh kurang daripada lima minit di Saluran Olimpik 4 RTMKlik pada malam Rabu lepas.
Berita

Pesawat Terhempas Di Nepal, 22 Mangsa Ditemui

gempak
24/07/2024
09:46 MYT
Sejumlah 22 mangsa selepas sebuah pesawat yang membawa mereka terhempas di Nepal pada Rabu telah ditemukan, lapor Agensi Anadolu memetik akhbar tempatan Kathmandu Post.
Viral

MADAD Pulang Semua... Makcik Sudah Dapat Bulu, Sepasang Telinga Lepas Tak Halalkan Daging Korban

gempak
22/06/2024
04:55 MYT
Kisah seorang ‘makcik’ atau peserta yang tidak menghalalkan daging termasuk sehelai bulu haiwan korbannya untuk dimakan diselesaikan dengan cara berhemah oleh pihak Murtadha Dakwah Centre (MADAD) yang menguruskan ibadat tersebut.
Unitar