,
Berita

Anakanda Sultan Brunei, Pengiran Muda Abdul Azim Mangkat

ZULHILMI JALIL
24/10/2020
14:25 MYT
Anakanda Sultan Brunei, Pengiran Muda Abdul Azim Sultan Hassanal Bolkiah, mangkat hari ini.
Berita duka berkenaan diumumkan pihak Istana Brunei yang memaklumkan putera berusia 38 tahun itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.08 pagi waktu tempatan.
Menerusi laporan Radio Televisyen Brunei, putera itu dimakamkan di Kubah Makam Diraja selepas waktu Asar, seperti yang dipetik Astro Awani.
Susulan itu, pemerintah Brunei memerintahkan rakyatnya mengibarkan bendera separuh tiang dan berkabung selama tujuh hari bermula Sabtu.
Pengiran Muda Abdul Azim dilahirkan di Bandar Seri Begawan pada 29 Julai 1982 dan mendapat pendidikan di Sekolah Antarabangsa Brunei, Raffles Institution dan Universiti Oxford Brookes, United Kingdom.
Baginda juga pernah mengikuti latihan ketenteraan selama sembilan bulan di Royal Military Academy Sandhurst.
Pengiran Muda Abdul Azim dikenali sebagai seorang yang sangat prihatin terhadap isu kemanusiaan.
Dalam pada itu, Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi perkongsian di Instagram Story turut menyampaikan ucapan takziah buat keluarga Sultan Brunei.
"Didoakan semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan dipilih oleh-Nya untuk bersama para hamba yang diredai. al-Fatihah," ucapnya.
Kredit foto: Instagram @bruneiroyalfamily, Astro Awani Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Penyanyi Kacak Dari Brunei, Rizal Rasid Tampil Dengan Lagu Rancak, Cerita Tentang Tarikh Luput Dalam Relationship

gempak
10/08/2024
15:00 MYT
Baru sahaja pulang dari membuat persembahan di acara ASEAN-Korea Music Festival 2024 (Round Festival) yang bertempat di Busan, Korea Selatan, penyanyi kacak asal Brunei, Rizal Rasid kembali dengan single pop rancak terbaharu berjudul ‘Tarikh Luput’.
Hiburan

Malaysia, Indonesia, Singapura Raya Esok, Brunei Khamis!

gempak
09/04/2024
14:21 MYT
Umat Islam di Malaysia dan Indonesia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Rabu (10 April 2024).
Viral

Putera Mateen & Isteri Tunai Umrah, Netizen Tertarik Dengan Telekung Dayang Anisha

gempak
06/04/2024
21:55 MYT
Pasangan Putera Mateen dan isterinya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah diketahui sedang menjalani ibadah umrah di bulan Ramadan
Hiburan

Mawar Rashid Jawab Dakwaan Kahwini Jejaka Dari Brunei!

gempak
10/03/2024
02:05 MYT
Mawar berkongsi gambar memakai inai, di Instagram pada Sabtu.
Viral

#Foodieslife: Salad Ketam Alaska, Sup Rusa, Lobster & Wagyu Percik Ini Menu Santapan Diraja Putera Mateen & Dayang Anisha Untuk Tetamu

gempak
16/01/2024
07:55 MYT
Siap ada Wagyu percik guys, sedapnya.