,
Laman Utama

Anak-Anak 'Sogok' Kak Ani RM20,000 Kalau Dapat Turunkan Berat Badan 15KG

Izwan Isa
25/08/2022
07:50 MYT
Penyanyi Noraniza Idris mendedahkan yang dia diminta oleh anak-anaknya, Aliff Haiqal dan Alfeeq Haiqal untuk menjaga pemakanan menjelang Konsert Malai Solo yang bakal diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Oktober depan.
Noraniza, 54, berkata, demi memberikan semangat, anak-anaknya itu akan menghadiahkannya RM20,000 jika dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 15 kilogram dalam masa dua bulan.
“Anak-anak saya ada beri jadual pemakanan kepada saya. Macam biasalah, jadual makan sihat seperti perlu ambil buah-buahan ketika sarapan pagi.
“Mereka bagi tarikh, kata mereka dalam masa dua bulan perlu turun 15 kilogram. Kalau berjaya, mereka akan hadiahkan saya RM20,000,” katanya kepada Gempak.
Noraniza berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert Malai Solo yang diadakan baru-baru ini.
Noraniza menambah, dia bukanlah mengharapkan sangat wang ganjaran yang bakal diberi oleh anak-anak.
Sebaliknya, penyanyi lagu Manira itu berkata, wang tersebut dijadikan sebagai pembakar semangat buat dirinya yang agak degil.
“Sebenarnya, saya bukanlah mahukan duit itu, cuma mereka janjikan ganjaran kerana kedegilan saya. Sepatutnya saya sudah mula dengan rutin pemakanan sihat, tetapi kadang-kadang saya langgar sahaja,” katanya sambil tertawa.
Konsert Malai Solo merupakan konsert pertama dan terakhir Noraniza Idris. Konsert berkenaan bakal berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 21 hingga 23 Oktober depan.
Dianjurkan oleh NIPV Management Sdn Bhd, konsert berdurasi dua jam itu bakal menyaksikan Noraniza membawakan 24 buah lagu termasuk medley yang merangkumi lagu-lagu berentak Irama Malaysia dan etnik kreatif.
Tiket yang dijual sejak 19 Ogos lalu bermula RM299 hingga RM1599.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Khairul Aming Pimpin Ikrar Rukun Negara, Hael Husaini, Pinn Yang & Noraniza Idris Meriahkan Keretapi Sarong 2024

gempak
14/09/2024
07:55 MYT
Pempengaruh yang popular dengan kandungan masakan itu juga mengingatkan kepada semua peserta yang datang supaya berbangga menjadi anak Malaysia kerana tiada negara lain yang mempunyai keunikan seperti ini.
Hiburan

“Saya Buat Live TikTok Hari-Hari, Ramai Yang Maki Hamun” - Noraniza Idris

gempak
05/09/2024
07:55 MYT
Penyanyi Noraniza Idris mendedahkan jualan tiket konsert Qalam Noraniza Idris terjejas gara-gara kontroversi penarikan diri bekas pengarah persembahan dan penulis skrip konsert tersebut.
Hiburan

Noraniza Idris Tak Fikir Soal Gelaran Datuk, Anggap Ia Rezeki Jika Dapat – “Ada Orang Murah Rezeki Dia”

gempak
03/09/2024
21:55 MYT
Penyanyi Noraniza Idris menyifatkan penganugerahan gelaran Datuk kepada selebriti adalah rezeki yang ditentukan Allah.
Gaya Hidup

Jogging Waktu Petang Boleh Turunkan Berat Badan?

gempak
16/08/2024
13:15 MYT
Bolehkah berjogging (berlari) pada waktu petang menurunkan berat badan? Soalan ini mungkin timbul di kepala anda, lebih-lebih lagi kerana banyak artikel membincangkan kebaikan berlari di waktu pagi yang dianggap memberikan beberapa faedah.
Berita

Berat Melebihi 100KG, Pegawai Kerajaan Korea Utara Cuba Cari Ubat Untuk Masalah Obesiti Kim Jong Un

gempak
01/08/2024
13:55 MYT
Pegawai kerajaan di Korea Utara dilaporkan sedang mencari ubat baharu untuk Kim Jong Un selepas pemimpin tertinggi mereka itu mengalami kenaikan berat badan mendadak.