HIBURAN
“Anak Tiri Pun Disayang Macam Anak Sendiri” – Netizen Sebak Lihat Layanan Opai Terhadap Ivy
Suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang, sekali lagi mencuri tumpuan netizen apabila dilihat membawa anak tirinya Ivy Herra Sophia membeli kasut sukan baru-baru ini.
Dalam video yang dimuat naik, Aliff, yang lebih mesra disapa Opai, dilihat menemani Ivy sewaktu proses untuk memilih kasut yang sesuai.
@aliff_awang Ivy Ara Sophia Bolt 🇯🇲♬ original sound - Opai Alpiaw
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji Aliff kerana menjadi seorang bapa tiri yang prihatin dan bertanggungjawab.
Beberapa pengguna media sosial turut menyatakan rasa kagum mereka terhadap sikap Aliff yang tidak membezakan kasih sayangnya terhadap anak kandung dan anak tiri.
“Tahniah Aliff, semoga jadi bapa tiri yang baik!”
“Aliff memang contoh lelaki yang baik, tunjukkan kasih sayang yang sebenar kepada anak tiri. Terbaik!
“Terima kasih Aliff sebab tunjukkan contoh yang baik. Anak tiri pun perlu rasa disayangi, macam anak sendiri.” – komen pengguna media sosial.
Terdahulu, Aliff mendirikan rumah tangga dengan Fatin pada Disember 2022 dalam majlis yang diadakan secara tertutup di Subang Jaya.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan anak lelaki Muhammad Jibril yang kini berusia setahun.
Sebelum itu, pada Disember 2013, Fatin berkahwin dengan pelakon Adam Shahz dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ivy Herra Sophia sebelum memfailkan perceraian pada Mei 2017.
Must-Watch Video