,
Laman Utama

"Anak Saya Bukan Macam Cicak" - Khatankan Bayi 2 Bulan, Nazrief Nazri Dapat Macam-Macam Soalan Lucu Netizen!

Amri Hassan
15/10/2021
04:45 MYT
Pelakon Nazrief Nazri tampil menjawab beberapa persoalan netizen selepas berkongsi prosedur berkhatan anak sulungnya, Noah baru-baru ini.
BACA: Patutnya Berkhatan Hari Ini, Bayi Nazrief Nazri Disahkan Positif COVID-19! - "Rasa Nak Ikat Nurse Kat Pokok Ada Kerengga"
Menerusi sesi tersebut, Nazrief diajukan pelbagai soalan termasuk kos, kaedah dan rawatan serta beberapa mitos sunatkan bayi lelaki.
"Lagi awal sunat lagi bagus, orang Arab baby dua hari dah sunat dah. Lagi cepat sembuh.
"Noah menjalani sutureless circumcision. Doktor pakai heated cutter jadi tak ada darah pun. Tak macam tok mudim tradisional darah memancut-mancut.
"Baby tak meragam langsung. Macam tak ada apa-apa yang berlaku pun. Tapi pastikan jangan pakai method lain macam clamped semua tu. Tu semua susah nak jaga," katanya.
Tambah Nazrief, kos untuk prosedur berkhatan bayi lelaki dianggarkan sekitar RM1,050 hingga RM2,050.
Cara penjagaan bayi selepas berkhatan kata Nazrief tidak sukar namun dia melonggarkan ikatan lampin pakai buang selepas prosedur berkenaan.
"Senang sangat nak jaga. Mandi semua macam biasa. Cuma dua tiga hari pakaikan lampin longgar sikit.
"Lepas tu letakkan baby oil sekitar kemaluan bayi supaya dia tak kering dan melekat pada lampin. Tak perlu cuci luka ke apa sebab doktor tak jahit, guna antiseptik gam je," kongsinya.
Begitupun, Nazrief turut diajukan beberapa soalan berkaitan mitos berkhatan bayi ketika masih kecil.
"Ada orang kata nanti tumbesaran terbantut, betul ke?" soal pengguna di Instagram.
Jawab Nazrief; "Logik ker dik sunat boleh bantut?"
Selain itu, ada juga soalan berbunyi 'Nanti dah besar, kena sunat lagi sekali tak?'.
Jawab Nazrief pula; "Anak saya bukan macam cicak. Dah potong boleh cantum balik.
"Sunat sekali jer seumur hidup dik. Kemaluan lelaki bukan macam tangan pendekar planet namek dah potong boleh tumbuh balik."
Untuk rekod, Nazrief telah mengkhatankan Noah yang berusia 2 bulan pada awal Oktober lalu selepas tamat kuarantin COVID-19.
Nazrief dan isteri, Aziatul Aqma berkahwin pada 15 November 2019 di Titiwangsa, Kuala Lumpur dan menimang cahaya mata sulung mereka pada 19 Julai lalu.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aina Abdul Pilih Berkarya Ikut Jiwa, Bukan Paksaan Trend Semasa - “ Saya Tak Boleh Nyanyi Genre Lain Hanya Untuk…”

gempak
23/11/2024
21:55 MYT
Malah, lagu-lagu ciptaanya juga sering mendapat kritikan kerana bagi netizen lagu yang dinyanyikan dianggap sama dan tiada perubahan.
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Unitar