HIBURAN
Anak Saudara Ramai, Watie Keluar Hampir Beribu Untuk Duit Raya - “Joey Ada 12 Adik Beradik…”
Penyanyi Watie Sadali berkongsi mengenai persiapan keluarganya bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Katanya, bagi tahun ini dia hanya menyambut Aidilfitri secara sederhana sahaja kerana menganggap dirinya sudah berumur untuk bersikap berlebihan.
“Saya buat persiapan biasa-biasa sahaja, anak pun dah besar. Jadi, sebab dah berumur ni rasa dah tak nak over,” katanya ketika ditemui Gempak.
Sementara itu, isteri kepada pelakon Joey Daud itu juga berkongsi momen yang digemari sewaktu perayaan Aidilfitri.
Kongsinya, berkunjung ke kampung suami dan melihat suasana meriah bersama adik-beradik merupakan perkara yang sangat bermakna buat dirinya.
“Saya suka tengok joey dan adik beradik dia sebab mereka jarang berjumpa. saya keluarga sikit jadi bila balik kampung memang nampak kemeriahan dekat sana,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, dengan kehadiran anak saudara yang ramai Watie juga memaklumkan peruntukan untuk pemberian duit raya juga hampir mencecah ratusan ringgit.
“Joey ada 12 adik beradik anak buah memang banyak, peruntukan memang banyak untuk duit raya,beratus. beribu,” kongsinya lagi.
Must-Watch Video