,
Laman Utama

Anak Kurt Cobain Kahwin Dengan Anak Legenda Skateboard, Tony Hawk

Maliah Surip
25/10/2023
13:45 MYT
Vokalis Nirvana, Kurt Cobain telah lama meninggal dunia namun media massa masih mengikuti kisah anak perempuan tunggalnya, Frances Bean Cobain.
Ini termasuklah berita Frances, 31, baru melangsungkan perkahwinan dengan anak pemain skateboard tersohor dunia, Tony Hawk iaitu Riley Hawk.
Frances yang merupakan anak milik Cobain bersama isterinya, Courtney Love dilaporkan TMZ berkahwin dengan Riley pada awal bulan ini.
Mereka didakwa bertukar lafaz suami isteri pada 7 Oktober lalu selepas mendapatkan lesen perkahwinan pada bulan lalu. Majlis perkahwinan mereka berlangsung di Los Angeles.
Ini menjadi perkahwinan kedua Frances manakala yang pertama buat Riley. Mereka didakwa sudah menjalin hubungan sejak tahun 2021.
Frances dilahirkan pada 1992, dua tahun sebelum Cobain ditemui mati kerana bunuh diri. Riley pula merupakan anak hasil perkahwinan Tony, 55, dengan bekas isterinya, Cindy Dunbar.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Hollywood

Shakira Hentikan Persembahan Lepas Peminat Rakam Video Dari Bawah Dress

gempak
17/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi Shakira menghentikan persembahan selepas berang dengan tindakan penonton yang merakam dirinya daripada bahagian bawah dress pendek berwarna coklat yang dipakainya.
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.