,
Berita

Anak Kelahiran Batu Pahat Pelukis Termuda Memenangi Anugerah Eisner

Syafiqah Jalal
27/07/2020
03:48 MYT
Anak jati Batu Pahat, Erica Eng merangkul Anugerah Eisner menerusi komik webnya, Fried Rice, yang menggambarkan kehidupan seorang gadis muda yang tinggal di Kuala Lumpur.
Pelukis komik berusia 22 tahun itu merupakan rakyat Malaysia termuda yang telah dicalonkan dan memenangi Anugerah Eisner.
Diterbitkan di friedricecomic.tumblr.com, Fried Rice merupakan sebuah karya fiksyen autobiografi, menurut keterangan rasmi Eng di laman web itu.
Komik itu mempunyai 200 muka surat dan setakat ini, 40 halaman telah diterbitkan sebagai komik web mingguan.
Eng mengikuti jejak penulis komik Malaysia yang lain yang pernah diiktiraf Eisners, antaranya Reimena Yee yang dicalonkan menerusi karya The Carpet Merchant of Konstantiniyya pada 2018, dan Tan Eng Huat yang dicalonkan pada 2003 menerusi karyanya, Justice League Of America bersama DC Comics.
Fried Rice Comic bertanding dalam kategori Komik Web Terbaik. Ia disaingi Cabramatta oleh Matt Huynh, Chuckwagon at The End Of The World oleh Erik Lundy, The Eyes oleh Javi de Castro, dan reMIND oleh Jason Brubaker.
Anugerah Eisner, dianggap sebagai Oscar bagi industri komik.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Viral

Uncle Mike Terima Anugerah Maulidur Rasul - "Sukar Untuk Saya Gambarkan Perasaan Ini"

gempak
16/09/2024
09:14 MYT
Tidak penah terlintas untuk menjadi bapa kepada tiga anak lelaki berlainan bangsa dan agama, namun takdir telah mengubah hidup Michael Tong Wai Siong, 55.
Hiburan

“Saya Hanya Idamkan Trofi Oscar, Itu Impian Saya” - Meerqeen

gempak
06/09/2024
05:57 MYT
Pelakon, Meerqeen tidak melihat anugerah sebagai pengukur kejayaan dalam kariernya.
Hiburan

Komposer Lagu MADANI Jiwa Merdeka Terima Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor - "Agak Terkejut, Calon Lain Lebih Layak"

gempak
04/09/2024
01:30 MYT
Komposer muda, Affan Mazlan menerima Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM), baru-baru ini.