,
Laman Utama

Anak Kedua Shahrol Shiro Tiada Sebelah Buah Pinggang – “Luluh Hati Bila Tengok Ismail Sakit, Sayu Bila Pandang Muka Ismail…”

Fiza Kamarudin
08/09/2021
23:40 MYT
Pelawak Shahrol Shiro dan isteri reda menerima ketentuan illahi selepas doktor mengesahkan anak kedua mereka, Ismail Rifqi hanya memiliki satu buah pinggang.
Isnteri Shahrol, Nor Farhanah Syamimi atau lebih mesra dengan panggilan Anna berkata, Ismail hanya memiliki buah pinggang sebelah kiri.
Bagaimanapun, keadaan buah pinggang tersebut tidak berapa baik dan bengkak serta memerlukan rawatan segera.
Sehubungan itu Anna memohon orang ramai untuk mendoakan kesihatan anak mereka yang baru berusia lapan bulan itu.
“Mohon jasa baik dari kalian untuk mendoakan kesihatan anak kami. Doakan semoga Ismail cepat sihat dan dipermudahkan segala urusan kami.
“Mana tahu atas sebab doa kalian ALLAH angkat dan makbulkan doa kalian untuk anak kami.
“Doktor mendapati buah pinggang Ismail belah kanan tiada. Manakala buah pinggang Ismail sebelah kiri bengkak.
“Ismail perlu dapatkan dapatkan rawatan secepat mungkin memandangkan Ismail hanya ada satu buah pinggang dan buah pinggang yang ada pun bengkak.
“Saya mohon jasa baik kalian, doakanlah untuk anak kami. Selitkan nama Ismail dalam setiap solat dan doa kalian.
“Semoga ALLAH balas semua jasa baik kalian. Doakan saya kuat. Luluh hati bila tengok Ismail sakit. Sayu bila pandang muka Ismail. ALLAH. Ya ALLAH,” katanya sebak.
Tambah Anna lagi, keadaan Ismail agak membimbangkan kerana masalah buah pinggangnya berada di tahap kronik.
“Ismail kerap demam dan saya dapat rasakan ada sesuatu tidak kena padanya. Naluri seorang ibu walaupun dia nampak sihat dan ceria saya tetap rasa tak sedap hati.
“Kami bawa Ismail berjumpa pakar dan buat pemeriksaan menyeluruh. Memang terkejut bila doktor kata kedua-dua buah pinggang Ismail sudah rosak dan agak kronik,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran & Anak Perempuan Raih Pujian Netizen

gempak
24/11/2024
03:50 MYT
Sepotong video memaparkan pelakon, Vanida Imran bersama anak perempuan, Maryam Rashika berjaya meraih perhatian netizen.
Hiburan

Ebby Yus Tolak Tawaran Tiga Penderma Buah Pinggang - "Saya Tak Sampai Hati..."

gempak
23/11/2024
18:32 MYT
Pelakon, Ebby Yus, 59, kini menjalani dialisis di rumah untuk penyakit buah pinggangnya bersyukur mendapat perhatian ramai termasuk menerima sumbangan daripada rakan artis untuk membantu mengurangkan bebannya.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Unitar