,
Laman Utama

Anak Gordon Ramsay ‘Naik Hantu’ Disindir Tembam Kerana Selalu Makan Masakan Ayahnya

Izwan Isa
21/10/2021
13:50 MYT
Anak kepada cef selebriti Gordon Ramsay, Tilly Ramsay menyelar tindakan penyampai radio senior, Steve Allen apabila lelaki berusia 67 tahun itu mengejek penampilannya yang sedikit tembam kerana didakwa terlalu banyak makan masakan ayahnya.
Menerusi kemas kini di Instagram, Tilly atau nama sebenarnya, Matilda Elizabeth Ramsay berkata, Steve bebas untuk menyatakan pendapatnya tentang apa pun, asalkan tidak berlebihan sehingga menyentuh perihal penampilan.
“Saya cuba untuk tidak mendengar komen dan hal-hal negatif. Namun baru-baru ini, saya diejek menerusi sebuah saluran radio oleh seorang lelaki berusia 67 tahun dan ia merupakan satu perkara yang keterlaluan.
“Steve, kamu bebas untuk menyatakan pendapat kamu. Tetapi, jangan sampai pendapat itu menyentuh tentang penampilan saya. Sindiran ini bukanlah sindiran pertama dan terakhir yang saya pernah terima dan saya belajar untuk menerima diri saya seadanya.
“Tetapi, ingatlah yang kata-kata bersifat melukakan dan saya hanya berusia 19 tahun,” tulisnya.
Tilly mengulas mengenai komen yang dilontarkan oleh penyampai radio LBC UK itu kepadanya sewaktu muncul menerusi program tarian Strictly Come Dancing. Steve menyindir Tilly kerap makan masakan ayahnya dan tidak boleh menari dengan baik.
Tilly turut menyatakan bahawa dia menyedari privasinya sebagai seorang individu akan terhakis apabila dia bersetuju untuk berada di mata khalayak sebagai seorang figura popular.
“Bergelar figura popular ada akibatnya dan saya faham tentang hal itu sejak saya kecil lagi. Tetapi, saya tidak akan bertoleransi dengan sesiapa pun yang memperkecilkan penampilan atau berat badan seseorang secara terbuka,” tulisnya lagi.
Menjenguk di ruangan komen, penari profesional Australia, Dianne Buswell berkata apa yang disebut oleh Tilly itu dapat menjadi pengajaran kepada masyarakat.
“Tilly, kamu cantik luar dan dalam. Saya rasa kamu memang sangat berani untuk bercakap tentang hal ini. Ia satu hal yang dilontarkan dengan baik sekali. Saya harap orang ramai akan belajar daripada perkara ini.
“Kami semua sentiasa menyokong kamu dan kamu merupakan seorang individu yang mengagumkan,” komen Dianne.
Sementara itu, penulis tersohor Giovanna Fletcher pula menyifatkan Tilly sebagai individu periang dan baik hati.
“Kamu seperti matahari. Kamu baik hati, periang, lucu dan menawan. Kamu cantik dari hujung rambut hingga kaki, luar dan dalam. Terus lakukan apa yang kamu sedang lakukan!” katanya.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Saya Bertuah Masih Hidup" - Gordon Ramsay Alami Kemalangan Basikal, Menggeletar Tunjuk Kesan Lebam

gempak
16/06/2024
11:13 MYT
Pantang maut sebelum ajal! Cef selebriti popular Britain, Gordon Ramsay bertuah masih diberikan kesempatan untuk meneruskan kehidupan selepas terbabit dalam kemalangan ngeri ketika melakukan aktiviti berbasikal baru-baru ini.
Laman Utama

[VIDEO] “Dia Perasan Wey Sudu Kayu Kecik”- Khairulaming Terkejut Gordon Ramsay Approved Resipi! Siap Nak Datang Malaysia

gempak
19/05/2023
14:50 MYT
Cayalah Khairulaming!
Laman Utama

Teruja Jumpa Cef Popular Gordon Ramsay, Telefon Siti Nurhaliza Buat Hal Waktu Bergambar; “Tiba-Tiba Hang…”

gempak
10/12/2022
00:00 MYT
Bertuah Siti dapat jumpa Ramsay
Laman Utama

Netizen Terkejut Restoran Gordan Ramsay Malaysia Bayar Gaji Staff Murah Sedangkan Makanan Harga T20

gempak
13/10/2022
09:50 MYT
Harga menu makanan dan gaji tak setara?
Laman Utama

Makan Di Restoran Gordon Ramsay, Netizen Persoal Nora Danish - “Masalahnya, Halal Ke Tak?”

gempak
22/07/2022
01:58 MYT
Nampak sedap betul!