,
Viral

Anak Dapat 6A SPM, Kak KM Hadiahkan Kereta Mercedes & Cek RM10,000!

Muhammad Firdaus
28/05/2024
02:55 MYT
Selepas kejayaan anaknya, Mohd Faris memperolehi 6A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), usahawan sensasi, Kak KM membuat hantaran di media sosial menunjukkan hadiah yang diberikan kepada puteranya hasil daripada usaha cahaya matanya itu dalam bidang akademik.

Hadiah Mercedes Benz

Dalam posting berkenaan, dapat dilihat Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli menghadiahkan anak lelakinya itu sebuah kereta jenis Mercedes Benz berserta cek bernilai RM10,000.
“Okay Faris, sempena kejayaan Faris hadiah Faris pertama sekali kereta, nombor dua, nah (cek RM10,000)!” kata Kak KM.

“Alhamdulillah tahniah! Jangan lupa ibu bila dah berada di peringkat tinggi...

Beralih ke ruangan komen entri tersebut, rata-rata wargamaya mengucapkan tahniah kepada Faris di samping ada segelintir yang mendoakan anak lelaki usahawan berkenaan berjaya di masa akan datang.
“Alhamdulillah tahniah! Jangan lupa ibu bila dah berada di peringkat tinggi,”
“Tahniah Faris atas kejayaan keputusan SPM. Teruskan melangkah lebih jauh lepas ni untuk mencapai matlamat yang diimpikan untuk terus bahagiakan mama dan keluarga,”
“Tahniah Faris, moga terus melangkah dengan kejayaan yang lebih jauh. Semoga terus membahagiakan mama.”

BERITA TRENDING: Zarina Zainuddin, Kak KM & Datuk Hattan Kongsi Pencapaian Cemerlang Anak-Anak Dalam SPM

Sekadar info, keputusan SPM bagi pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan itu telah diumumkan pada pagi Isnin.
Untuk rekod, tahun ini mencatatkan lebih 11,000 pelajar yang memperolehi semua A dalam semua mata pelajaran di mana ia sekaligus menjadikan pencapaian bagi tahun 2023 lebih baik berbanding tahun 2022.
Sebelum ini, Gred Purata Nasional (GPN) merekodkan 4.60 bagi SPM tahun 2023 di mana ia adalah lebih baik berbanding tahun 2022 iaitu 4.74.
Sumber: Instagram
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.