Laman Utama

Anak Bill Gates Tak Tahan Jadi Meme Sebab Kekasih Orang Kulit Hitam

gempak
Maliah Surip
08/03/2023
14:46 MYT
Sponsor Banner
Anak Bill Gates Tak Tahan Jadi Meme Sebab Kekasih Orang Kulit Hitam
Anak perempuan salah seorang figura berpengaruh dunia, Bill Gates iaitu Phoebe Gates melahirkan rasa kesal kerana sering menjadi mangsa buli hanya sebab menjalin hubungan cinta dengan lelaki kulit hitam.
Phoebe melahirkan kekesalannya dengan menyelar golongan yang mengkritik dan mempersendakan mereka sehingga melakukan meme sebagai rasis.
“Tolonglah! Ini sudah tahun 2023 dan saya penat dengan semua meme atau candaan yang dibuat berkaitan hubungan asmara saya,” katanya sewaktu ditemu bual The Information.
Dia yang juga merupakan seorang Influencer meminta agar pemikiran kolot tersebut dibuang.
Perempuan berusia 20 tahun itu pertama kali mendedahkan menjalin hubungan cinta dengan rakan siswa dari Stanford, Robert Ross, pada Julai tahun lalu dengan perkongsian foto-foto mesra mereka bersama.
Namun tanpa diduga, dia terus menerima ejekan, kritikan dan pelbagai candaan menerusi foto yang dikongsikan.
Selain mendakwa lelaki tersebut hanya mahu menggunakan diri dan wangnya kerana Phoebe merupakan salah satu anak orang terkaya dunia, dia juga menerima kata-kata negatif kerana bercinta dengan lelaki berbeza warna kulit.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024