gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Tanpa Kontroversi, GV11 & Big Stage Alpha Tetap Berjaya Curi Hati Penonton - "Mereka Ajar Kita Erti…"
HIBURAN
Emma Watson Diharamkan Memandu 6 Bulan
HIBURAN
Pentas Utama Musnah Terbakar, Festival Tomorrowland Tetap Diteruskan
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Anak Berjaya ‘Terjun’ Dari Tempat Tinggi, Hairul Azreen Janji Hadiah Lumayan - “Daddy Belikan Nintendo Switch 2”

Umirah Halim
Umirah Halim
17/07/2025
11:55 MYT
Sponsor Banner
Anak Berjaya ‘Terjun’ Dari Tempat Tinggi, Hairul Azreen Janji Hadiah Lumayan - “Daddy Belikan Nintendo Switch 2”
Pelakon, Hairul Azreen mencuri perhatian ramai selepas berkongsi video memaparkan momen anak-anaknya, Yusof Iskandar dan Alisa Aisyah yang melakukan aktiviti lasak dikenali sebagai Atan’s Leap iaitu melompat dari ketinggian di sebuah taman tema.
Menerusi satu video dimuat naik di Instagram, Hairul dilihat memberi kata-kata semangat kepada Alisa yang kelihatan gugup untuk melompat selepas abangnya, Yusuf Iskandar terlebih dahulu menunjukkan keberanian.
View this post on Instagram
A post shared by Alisa Aisyah Hairul Azreen (@thealisaaisyah)
Apa yang menarik perhatian apabila Hairul menawarkan satu ‘ganjaran’ lumayan sekiranya Alisa berjaya melompat ke bawah.
“Come on Alisa, ingat jangan fikir. Jalan je dan lompat.
“Tak apa jangan fikir okay… kalau Alisa turun bawah, Daddy belikan Nintendo Switch 2. Daddy janji. Fikir pasal Nintendo sahaja,” katanya kepada Alisa yang berdiri di atas pelantar tinggi.
Meskipun kelihatan hampir menangis, Alisa akhirnya mengumpul keberanian dan berjaya melompat, sebelum disambut dengan pelukan abangnya, Yusuf di bawah.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen turut dibanjiri pelbagai reaksi netizen yang terhibur dan tersentuh melihat keberanian Alisa.
Malah, ada juga yang teruja dengan ‘janji manis’ Hairul kepada anaknya.
“Saya sanggup terjun 10 kali untuk Nintendo Switch 2.
“Nak juga Nintendo Switch 2. Saya confirm boleh lompat bang.
“Ya Allah… dia memang sangat berani. Kalau orang nak bagi RM10,000 pun saya rasa saya tak mampu nak buat… sebab terlalu gayat,” komen beberapa netizen.
Topic Berkaitan
#Anak
#Hanis Zalikha
#Terjun
#Hairul
#Azreen
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement