,
Hiburan

Anak Baru 2 Tahun, Atta Halilintar & Aurel Berikan Kereta Mewah Hadiah Hari Jadi

Maliah Surip
24/02/2024
05:00 MYT
Anak sulung pasangan selebriti Indonesia, Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah genap berusia dua tahun.
Pasangan ini seperti biasa meraikan ulang tahun kelahiran kedua anaknya yang jatuh setiap tanggal 22 Februari dengan meriah.

BERITA TRENDING: Atta Halilintar Bengang Netizen Body Shaming Aurel - “Yang Mengutuk Pun Tak Cantik…”

Dan di tahun ini, meski anak yang diberi nama Ameena Hanna Nur Atta baru berusia dua tahun, Atta memberikan hadiah yang cukup mewah.
Kanak-kanak dua tahun itu diberikan sebuah kenderaan mewah berwarna hitam.
Menurut Atta kenderaan mewah itu diberikan sebagai satu pelaburan jangka panjang buat Ameena.
“Kenderaan ini akan digunakan untuk kepentingan Ameena. Alhamdulillah nanti 20 tahun ke depan tidak perlu beli lagi, buat sekolah dan sebagainya," kata Atta Halilintar seperti dilaporkan Insertlive.

BERITA TRENDING: Netizen Samakan Bilik Pembantu Rumah Atta Halilintar Macam Sel Penjara

Selain itu, Atta juga berasa kenderaan mewah yang enggan didedahkan nilainya itu dapat dimanfaatkan oleh mereka yang sibuk.
“Kami kan jarang di rumah, selalu kerja dan mudah-mudahan dengan ada kenderaan ini kami boleh mengimbangi antara anak-anak yang ikut dalam keadaan selesa dengan pekerjaan,” katanya.
Selain Ameena, Atta dan Aurel dikurniai seorang lagi anak perempuan yang diberi nama Azura pada November tahun lalu.

PILIHAN PEMBACA: "Lantai, Lampu Bergoyang!" - Atta Halilintar Kongsi Detik Cemas Dari Tingkat 66 Ketika Gempa Bumi

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Viral

Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri

gempak
17/09/2024
17:17 MYT
Kisah pembunuhan tragis bekas peserta Miss Switzerland, Kristina Joksimovic masih menjadi perhatian dunia.