Laman Utama
Anak Angelina Jolie Mahu Buang Nama Pitt Sebagai Nama Akhir
Anak sulung Brad Pitt dan Angelina Jolie, Maddox Jolie-Pitt, 19, mahu menggunakan nama Jolie saja sebagai nama keluarganya.
Menurut sumber terdekat, Maddox sudah memberi keterangan sebagai orang dewasa untuk kes perebutan hak penjagaan di antara Brad dan Angelina.
"Maddox tidak menggunakan nama Pitt sebagai nama keluarganya dalam dokumen yang mana memang sah dan dia menggunakan nama Jolie.
"Maddox ingin menukar nama keluarganya kepada Jolie saja secara sah, namun Angelina tidak menyokong permintaannya itu," kata sumber itu.
Anak perempuan mereka Shiloh, 14, dilaporkan telah memadam nama Pitt sebagai nama akhir pada akaun Instagram miliknya.
Pada 12 Mac lalu, Angelina, 45, memfailkan kes baru yang menyebut Brad, 57, melakukan keganasan dalam rumah tangga.
Kertas perbicaraan itu menyebut Angelina serta anak-anaknya, Maddox, 19; Pax, 17; Zahara, 16; Shiloh, 14 dan kembar Knox dan Vivienne, 12, bersetuju untuk mengemukakan bukti menentang Brad.
Pelakon filem Maleficent itu memfailkan perceraian terhadap Brad pada September 2016, dua tahun selepas mereka berumah tangga.
Pada April 2019, pasangan itu mengumumkan mereka sudah berpisah, namun proses perceraian masih lagi berjalan.
Sumber: Mirror
Must-Watch Video