,
Laman Utama

Amy Search ‘Belanja’ Nyanyi Isabella, Mangsa Banjir Di Muar Menangis

Maliah Surip
08/01/2022
14:07 MYT
Aksi spontan pesohor Amy Search mendendangkan lagu hitnya, Isabella sewaktu menyantuni mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Muar, Johor telah membuat peminat setianya menangis.
Peristiwa tidak terduga tersebut terjadi sewaktu Amy menunaikan permintaan salah seorang mangsa banjir yang teringin mendengar vokalis berusia 64 tahun itu menyanyi secara langsung di hadapannya.
Nyanyian tersebut mendapat sambutan dan tepuk tangan daripada mangsa mangsa banjir yang ditempatkan di PPS tersebut.
“Hati saya senang melihat peminat yang sedang berduka kerana musibah yang melanda sekurang kurangnya tersenyum dengan kehadiran saya.
“Saya pula yang jadi sebak dan tak sangka ada peminat yang menangis selepas permintaannya untuk saya mendendangkan lagu Isabella ditunaikan,” ujar Amy kepada Gempak.
Anak seni dengan nama sebenar Suhaimi Abdul Rahman itu turut mendoakan agar semua mangsa banjir diberikan kesabaran dan kekuatan dalam menempuh dugaan yang melanda mereka.
Menurut salah seorang mangsa banjir, air mata yang menitis tersebut adalah sebagai sebuah penghargaan buat bintang tersebut yang sebelum ini dapat dilihat dari jauh.
“Kita selalu tengok Amy dari jauh sebab kita duduk di kampung. Jadi apabila Amy datang dan ada depan mata, teringin dengar beliau menyanyi,” katanya.
Amy hadir menyantuni mangsa banjir di dua PPS termasuk di Kompleks Sukan Pagoh bagi mengiringi Menteri Besar Johor, YAB Dato' Haji Hasni Mohammad yang dalam lawatan dan menyampaikan sumbangan kepada yang terlibat.
Pelantun lagu Rozana itu turut menyampaikan sumbangan bersama iaitu produk kopi miliknya, Kopi Phewiiit. Amy juga hadir bersama pemain bass Search iaitu Nasir dalam lawatan yang berlangsung siang tadi.
Sementara itu Hasni menyatakan Kerajaan Negeri Johor akan memperkenalkan pelbagai bantuan pasca banjir bagi meringankan bebanan semua mangsa bencana alam berkenaan di negeri tersebut.
"Saya berharap mangsa-mangsa banjir tidak perlu bimbang, kita tidak akan membiarkan mereka (mangsa banjir) begitu sahaja.
"Kerajaan Negeri telah merangka bantuan pasca banjir. Bagaimanapun, bantuan akan disalurkan secara berperingkat-peringkat mengikut keadaan semasa," katanya.
Instagram: @ajib.rr
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

M. Nasir Terima Ijazah Terhormat Doktor Falsafah Persembahan Sempena Konvokesyen UPSI Ke-26

gempak
23/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi yang juga komposer profilik, Datuk M. Nasir dan vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash bakal menerima ijazah masing-masing sempena Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-26 bermula Sabtu.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Berita

Lelaki Myanmar Mengaku Bersalah Korek Mata Mangsa Hingga Cacat Kekal

gempak
22/11/2024
09:25 MYT
Warga Myanmar yang mengorek biji mata kiri seorang lelaki sehingga mengalami kecacatan kekal mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap mangsa, Sabtu lalu.
Berita

Suspek Kes Buli UPNM Mengaku Tidak Bersalah Pijak Perut Mangsa Pakai Spike But

gempak
22/11/2024
03:55 MYT
Pelajar senior yang dipercayai terlibat dalam kes buli penuntut tahun dua Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sehingga mangsa mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak, pada bulan lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur, hari ini.
Hiburan

“Tiada Yang Baru, Saya Pernah Menjadi Mangsa…” - Aziz Harun

gempak
21/11/2024
03:25 MYT
Menganggap bukan perkara yang baru, penyanyi Aziz Harun sekali lagi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu mengenai dirinya di laman sosial.
Unitar