,
Laman Utama

“Ampun Tuanku, So Sweet & Bersemut” - Tengku Permaisuri Selangor Titip Ucapan Istimewa Hari Ulang Tahun Keputeraan Sultan Sharafuddin Idris Shah

Azwa Rahman
11/12/2020
09:00 MYT
Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin mencuri hati wargamaya apabila menitip satu ucapan istimewa bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-75 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Menerusi laman sosial Instagram Selangor Royal Official, sekeping foto pasangan Diraja itu dimuat naik beserta ucapan istimewa untuk tatapan rakyat jelata.
“Ampun Tuanku, patik merafak sembah merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Tuanku yang ke-75.
“Tahun ini berbeza dengan tahun sebelumnya kerana tiada sambutan diadakan pada hari istimewa Tuanku,” titahnya.
Tengku Permaisuri Norashikin bertitah, keprihatinan Sultan Sharafuddin terhadap rakyat telah menyentuh banyak hati.
Titahnya, Sultan Sharafuddin sentiasa memberi keutamaan kepada risiko yang dihadapi rakyat sejak bermulanya wabak Covid-19.
"Ingatan dan sokongan berterusan Tuanku kepada barisan hadapan dan pihak berkuasa menunjukkan bahawa Tuanku benar-benar peduli dan menghargai setiap jiwa.
“Tuanku sering mengatakan itu merupakan ‘wake-up call’ supaya kita sentiasa bersyukur, hidup sederhana, saling mendoakan dan yang paling penting tetap bersatu,” titahnya.
Tengku Permaisuri Norashikin bertitah, jika ramai dapat menyaksikan bagaimana Sultan Sharafudin akan panik ketika melihat statistik harian terutama jika kes (Covid-19) meningkat di Selangor.
“Soalan biasa Tuanku kepada saya setiap hari pada jam 6.30 petang adalah ‘hari ni Selangor berapa ramai’.
“Jadi kepada rakyat Selangor dan semua penduduk negara ini, ketahuilah bahawa anda semua dalam doa Tuanku selalu.
“Semoga Tuanku hidup dengan penuh kebahagiaan, dikurniakan segala taufik dan hidayah, semoga dapat memerintah Negeri Selangor dengan adil dan saksama. Amin ya rabbal alamin,” titahnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakyat jelata yang suka melihat foto pasangan Diraja itu di samping ucapan istimewa titipan Tengku Permaisuri.
“Ampun Tuanku, so sweet dan bersemut,” kata seorang wargamaya.
“Sweetnya Tuanku berdua,” puji seorang wargamaya.
“Terbaik la Sultan Selangor, humble dan steady,” luah seorang wargamaya.
“Happy birthday Tuanku. This is such a cute photo,” komen seorang wargamaya.
“Ampun Tuanku, bagai pinang dibelah dua,” tulis seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, foto tersebut telah menerima lebih 16,000 tanda suka daripada warga Instagram.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

“Tiada Siapa Mengatasi Undang-Undang Termasuk Kerabat” - Tengku Hasannal

gempak
06/09/2024
00:23 MYT
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar tindakan tegas dan penyiasatan yang adil dijalankan susulan dakwaan seorang lelaki dipukul sekumpulan lelaki termasuk seorang anak VVIP.
Sukan

SINARENA 2024: Perlawanan Epik Sinar & Astro Arena Vs Pemain Legenda Sultan Selangor

gempak
26/08/2024
18:25 MYT
SINAR, dalam kerjasama dengan Astro Arena, telah berjaya menganjurkan acara Pesta Bola SINARENA 2024 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Berita

Istiadat Persandingan Tengku Puteri Afzan, FD Idzham Berlangsung Penuh Tradisi

gempak
26/08/2024
00:55 MYT
Istiadat persandingan anakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan pasangannya, FD Idzham FD Iskandar berlangsung dengan penuh tradisi di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, Kuantan pada Ahad malam.
Sukan

"Mereka Yang Cakna, Faham Sejarah Akan Mengerti Rasional Penganjuran TSSC," - Sultan Selangor

gempak
20/08/2024
13:55 MYT
Piala Sultan Selangor (TSSC) telah dianjurkan sejak 23 tahun lepas, bertujuan untuk mengeratkan persaudaraan dua pasukan seteru utama Liga Malaysia suatu ketika dahulu iaitu Selangor dan Singapura.
Hiburan

Jeslina Hashim Kini Isteri Kepada Tunku Eddy Nasruan

gempak
10/08/2024
14:47 MYT
Penyanyi dan pelakon Jeslina Hashim selamat bergelar isteri kepada kerabat Diraja Negeri Sembilan iaitu Tunku Eddy Nasruan.