,
Berita

Ammar Alfian Luah Rindu Anak, Terima DM Gambar Anak Daripada Netizen, Akaun IG Disekat Ke?

ZULHILMI JALIL
11/03/2020
09:36 MYT
Pelakon Ammar Alfian meluahkan rasa rindunya terhadap anak lelakinya, Kyro Shakur.
Perkara itu dikongsikan Ammar atau nama sebenarnya, Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri, 33, menerusi beberapa entri yang dimuat naik di Instagram Story miliknya.
"Damn missing Kyro so bad (Rindu sangat-sangat dekat Kyro)," tulisnya.
Pada masa sama Ammar turut berkongsi paparan mesej peribadi (DM) yang diterimanya daripada beberapa individu yang berkongsi gambar anaknya.
"Terima kasih untuk ini (gambar). Tengoklah Kyro dah besar dan pandai duduk sendiri. Anak yang bijak," tulisnya.
Ekoran perkongsiannya itu, secara tidak langsung memberi gambaran bahawa kemungkinan Ammar disekat daripada melihat akaun anaknya sendiri.
Bahkan, tinjaun Gempak di akaun Instagram anaknya, @kyro.shakur tidak menjumpai akaun Ammar di ruangan pengikut.
Bahkan, akaun anaknya itu juga hanya mengikuti akaun isterinya sahaja, Nelissa Nezam.
Sebelum ini, Ammar mendedahkan bahawa dia tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan anaknya.
BACA: "Saya Tak Boleh Jumpa Anak Saya Lagi" - Ammar Alfian Kecewa Isteri Percaya Berita Mengenai Video Intim Kaitkan Dirinya
Terdahulu, Ammar mendirikan rumah tangga dengan Nelissa Nezam pada 6 Mac 2016.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Kyro Shakur pada 31 Julai 2019.
Sebelum ini, kisah pergolakan rumah tangga pasangan itu juga pernah menjadi perhatian apabila Nelissa mendedahkan dicurangi Ammar ketika sedang hamil enam bulan.
BACA: "Tak Tinggal Serumah, Tapi Belum Bercerai" - Isteri Ammar Alfian Dedah Situasi Genting Perkahwinan
Saksikan drama lakonan Ammar di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Che Ta ‘Naik Hantu’ Anak Dihina Berpakaian Seperti Pelacur - “Surat Saman Bakal Menyusul, Saya Tuntut Video Permohonan Maaf!”

gempak
20/09/2024
04:58 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan membuat laporan polis selepas ada individu bertindak meninggalkan komen jelik terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana termasuk menyamakan kanak-kanak itu berpakaian seperti seorang pelacur.
Hiburan

Ammar Alfian Tak Suka 'Fatfluencer', Selar Pempengaruh Cuba Terapkan Penerimaan Badan Gemuk - "Cakap Sahaja Awak Tu Malas"

gempak
19/09/2024
05:55 MYT
Pelakon Ammar Alfian menzahirkan rasa kurang senang dengan pempengaruh berbadan gemuk.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Viral

Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri

gempak
17/09/2024
17:17 MYT
Kisah pembunuhan tragis bekas peserta Miss Switzerland, Kristina Joksimovic masih menjadi perhatian dunia.