VIRAL
Ammar Ahyan Tak Bagi Aliff Syukri Ulas Isu Telur Masam, Netizen Puji Pandai Didik Anak - “Bagus Akhlaknya, Matang & Penuh Adab”
Anak sulung usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan mendapat perhatian netizen.
Ammar tak benarkan, soalan kurang sesuai
Menerusi video tular di TikTok, rakaman pendek sesi live menunjukkan Aliff sedang membuat jualan langsung bersama Ammar.Namun secara tiba-tiba Aliff mengusik anaknya dengan membuka topik viral berkenaan dengan telur masam yang dikaitkan dengan usahawan kontroversi, Kieda Crepe.
Ketika Aliff meminta anaknya untuk bertanyakan soalan itu kepadanya, Ammar dengan penuh beradab menolak dan tidak mahu isu tersebut dibahaskan secara live.
Malah kata Ammar, isu berkenaan sangat tidak sesuai untuk si anak menceritakan hal-hal sebegitu dengan ayahnya.
“Kenapa abah tanya soalan ni? Tak nak lah abah, tak boleh. Macam tak sesuailah abah. Macam tak sesuai anak tanya abah dia soalan-soalan macam ni. “Sekarang ni dunia tengah sibuk pasal peperangan Iran, rakyat Malaysia sibuk nak tahu pasal suami telur dia masam ke tidak, dunia tengah berperang tapi dia orang lebih kisah telur masam ke tak,” ulasnya.
Dipuji pandai jaga anak
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Ammar sebagai seorang yang sopan dan beradab.Malah mereka juga memuji Aliff kerana pandai mendidik anak biarpun sering sibuk bekerja dan dihimpit kontroversi.
Berikut merupakan video penuh perbualan Aliff dan Ammar:
@dherbsofficial_ Podcast suami telur masam 🤣 Korang tau tak cerita ni? HAHAHAHA #anakabah #anakmama #datoaliffsyukri ♬ original sound - Dherbs Official HQ
Must-Watch Video