,
Laman Utama

Amitabh Bachchan Terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Di Arab Saudi

Awani
27/01/2023
04:26 MYT
Pelakon veteran Bollywood, Amitabh Bachchan berjaya membawa pulang trofi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat di Anugerah Joy 2023 di Arab Saudi, baru-baru ini, atas sumbangannya kepada industri perfileman India.
Menerusi laman Instagramnya, Bachchan memuat naik hantaran berbentuk video beliau merakamkan ucapan terima kasih semasa menerima anugerah.
Hantaran berkenaan turut memaparkan beberapa klip daripada filem lakonan lagenda berusia 81 tahun itu.
“Terima kasih yang tidak terhingga atas kasih sayang, keprihatinan anda dan untuk penghormatan ini,” tulis beliau dalam kapsyen.
Dalam ucapannya, seniman itu menyebut, kunjungan beliau ke Arab Saudi merupakan lawatan pertama dan pastinya bukan yang terakhir.
“Saya sentiasa percaya bahawa pawagam adalah medium hiburan dan ia adalah medium yang menyatukan orang ramai dan mengintegrasikan masyarakat manusia.
“Kita datang dari pelbagai lapisan kehidupan dan datang dari laluan dunia berbeza, tetapi apabila menonton sesuatu, kita ketawa pada jenaka sama dan menangis pada perkara yang sama. Kita berkumpul di sebuah platform,” katanya.
Amitabh dalam masa sama menyatakan kebanggaan beliau berpeluang menjadi sebahagian kecil daripada komuniti industri perfileman di India.
“Apabila anda menghormati saya hari ini, anda menghormati industri filem negara saya, anda menghormati negara saya,” tambahnya lagi.
Pada acara itu, Amitabh turut ditemani ahli keluarganya termasuk Shweta Bachchan Nanda dan Abhishek Bachchan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Viral

Uncle Mike Terima Anugerah Maulidur Rasul - "Sukar Untuk Saya Gambarkan Perasaan Ini"

gempak
16/09/2024
09:14 MYT
Tidak penah terlintas untuk menjadi bapa kepada tiga anak lelaki berlainan bangsa dan agama, namun takdir telah mengubah hidup Michael Tong Wai Siong, 55.
Hiburan

“Saya Hanya Idamkan Trofi Oscar, Itu Impian Saya” - Meerqeen

gempak
06/09/2024
05:57 MYT
Pelakon, Meerqeen tidak melihat anugerah sebagai pengukur kejayaan dalam kariernya.
Hiburan

Komposer Lagu MADANI Jiwa Merdeka Terima Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor - "Agak Terkejut, Calon Lain Lebih Layak"

gempak
04/09/2024
01:30 MYT
Komposer muda, Affan Mazlan menerima Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM), baru-baru ini.