Hiburan

Amira Othman Tiada Hubungan Istimewa Dengan Fattah Amin, Hanya Jayakan Muzik Video Terbaharu - “Harap Gimik Ini Tidak Keterlaluan"

gempak
Ernalisa
12/01/2025
00:00 MYT
Sponsor Banner
Amira Othman Tiada Hubungan Istimewa Dengan Fattah Amin, Hanya Jayakan Muzik Video Terbaharu - “Harap Gimik Ini Tidak Keterlaluan"
Penyanyi Amira Othman mengesahkan dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan pelakon, Fattah Amin.
Sebaliknya penyanyi itu mengaku, dia hanya menggunakan populariti Fattah untuk menjayakan muzik video terbaharunya yang berjudul 'Bila Nak Kahwin'.

BERITA BERKAITAN: “Secara Jujurnya…” - Amira Othman Mohon Maaf, Harap Gosip Dengan Fattah Amin Tak Buat Peminat Marah Lama-Lama

BERITA BERKAITAN: Makin Berseri! Amira Othman Kongsi Foto Di Instagram, Hael Husaini Komen; “Happy Kawan Bahagia”

"Saya mengaku memang saya menumpang populariti Fatah.

"Tetapi itu pun setelah perbincangan dilakukan pihak pengurusan kedua-dua belah pihak dan kesemuanya bersetuju.

Itu sekadar gimik," katanya.
Amira menjelaskan perkara itu kepada media selepas melancarkan koleksi raya jenama Varisha di Shah Alam petang Sabtu.
Amira juga dilantik sebagai duta jenama berkenaan sempena kempen Hari Raya tidak lama lagi.
Dalam pada itu, Amira juga tidak menafikan sesiapa sahaja yang bekerjasama dengan Fattah sudah pasti menerima tempias populariti pelakon lelaki berkenaan.
"Saya tidak nafikan sesiapa sahaja yang bergandingan dengan Fattah tidak banyak pasti akan terasa tempiasnya.
"Saya harap gimik ini menjadi dan setidak-tidaknya membawa kejayaan kepada video saya.

"Bagaimanapun saya harap gimik bersama Fattah tidak disalah erti dan tidak keterlaluan pada mata orang ramai. Jika ada yang kurang senang saya mohon maaf," katanya.

Terdahulu, nama Amira disebut sebagai antara wanita yang kini berhubungan mesra dengan Fattah selepas aktor itu bercerai dengan bekas isteri juga pelakon, Nur Fazura pada 7 Oktober lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024