HIBURAN
Amira Othman Hadiri Majlis Ilmu, Netizen Teruja Lihat Ada Kelibat Ibu Fattah Amin Sekali
Kemesraan antara pelakon, Fattah Amin dan penyanyi, Amira Othman bukanlah sesuatu perkara yang baharu lagi dalam kalangan netizen.
Hadir majlis ilmu
Terbaharu, dalam satu video tular di TikTok, Amira Othman sekali lagi menjadi usikan netizen apabila pelantun lagu Bila Nak Kahwin? itu dapat dilihat berada di sebuah majlis ilmu yang turut dihadiri oleh ibu Fattah Amin iaitu Azizah Abdul Ghani.
@user123706456 Sejukkkk hati jumpa bakal menantu di majlis ilmu 💙💙💙💙💙 #fattahamin #amiraothman #AMIRAcleforFATTAH ♬ Wanita Terakhir - Fattah Amin
“Taaruf dengan bakal mak mertua di majlis ilmu,” tulis kapsyen di video tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, majoriti warganet membuat jangkaan bahawa Fattah dan Amira akan berkahwin satu hari nanti.
“Aku rasa nanti mereka berdua ni kahwin juga,”
“Mak (Ibu Fattah) kahwin kan saja dorang ni, letih kami tunggu,”
“Aku restu kalau dorang kahwin.”
Dalam pada itu, ada juga segelintir yang beranggapan hubungan mereka hanyalah sebagai kawan biasa dan tidak lebih daripada itu.
“Mereka tak ada apa-apa pun, orang suka jodoh-jodohkan,”
“Rasanya dorang kawan je, tapi kalau kahwin, alhamdulillah.”
ARTIKEL BERKAITAN: Komen Emoji Hati Pada Hantaran Amira Othman, Netizen Usik Fattah Amin - "Wow Love Tanda Sayang..."
ARTIKEL BERKAITAN: Gagal Bercinta Bukan Bermakna Putus Asa, Amira Othman Tak Give Up Cari Calon Suami - “Apa Yang Kita Lalui Semua Tuhan Dah Tulis”
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Terpegun Dengar Suara Amira Othman Mengaji Al-Quran, Siap Puji - “Fattah Jangan Tunggu Lama, Lulus Ni”
Sekadar info, sejak bulan lalu, nama Fattah dan Amira menular di media sosial selepas dikatakan menjalin hubungan cinta.
Namun, kedua-duanya menjelaskan bahawa hubungan mereka sebatas urusan kerja sahaja.
Must-Watch Video